‘Revolusi’ Gen Z pacu kempen PRU16

Oleh – Syeikh Baran


‘Revolusi’ Gen Z pacu kempen PRU16

UMNO perlu menggunakan ‘revolusi’ generasi Z (Gen Z) dan golongan milenial sebagai ‘senjata’ berkempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).



Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ahli UMNO perlu mendekati belia mengikut rentak dan selera semasa kerana politik sering diambil serius oleh golongan itu.

Menurut beliau, sudah tiba masanya untuk politik kelihatan kontemporari dan diungkap de­ngan cara yang lebih santai dan tidak feudal.

“Saya rasa, UMNO sangat memerlukan bantuan kelompok profesional seperti perunding media sosial dan pemasaran. Malah, tiba masanya kita menggunakan Gen Z sebagai pemacu utama kempen kita.

“Inikan zaman mereka. Apa salahnya kita memberikan ruang dan peluang untuk mereka mengurus kempen kita untuk generasi mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Pu­teri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini malam ini.



Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, UMNO bakal menempuh laluan pilihan raya yang lebih sukar jika gagal mengurus aspirasi Gen Z.

Ini kerana kata Mohamad, golongan itu tidak mempu­nyai ‘ikatan sentimental’ dengan UMNO dan membesar ketika parti itu tidak lagi dominan dalam arena politik negara.

“Mereka tidak berparti dan hanya menilai berdasarkan apa yang mereka peroleh, baca dan tatap di pelbagai platform media sosial.

“Mereka menewaskan pelbagai dasar kerajaan dengan hanya serangan dipaparkan di media sosial. Itulah realitinya, bahawa ruang demokrasi sekarang ini adalah di persada maya,” ujarnya.



Mengulas lanjut, Mohamad menjelaskan, golongan belia inginkan kepastian dan keterjaminan mengenai masa depan mereka.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button