Spider Lancar Single Terbaru, ‘Keluar Sarang’ [VIDEO]

Spider Lancar Single Terbaru, ‘Keluar Sarang’ [VIDEO]

Spider Lancar Single Terbaru, ‘Keluar Sarang’ [VIDEO]

Selari dengan tujuan mengekalkan nama mereka sebagai kumpulan rock muzik Malaysia, Spider yang sentiasa ‘’evergreen’’ di hati peminat sejak album pertama – Ngam Ho (1999) dengan lagu-lagu popular mereka, Relaku Pujuk, Aladin, dan banyak lagi , Spider kini menampilkan single baharu mereka berjudul ‘Keluar Sarang’.

‘Keluar Sarang’, lagu ciptaan Tam manakala lirik oleh Keon, menjadi taruhan Spider dalam era muzik kini selepas rilisnya album ke-6 mereka iaitu Ankabut pada tahun 2016.



Bagi mengikuti arus perubahan muzik masa kini, single ini dirakamkan dengan menerapkan bunyian elektronik di dalam penyusunan lagu tersebut. Spider sendiri bertindak selaku Produser dan Penyusun lagu. Spider dianggotai Tam (vokalis/gitar), Aie (dram), Pown (gitar) dan Is (bass)

Nafie yang juga merupakan gitaris ahli kumpulan Spider, namun direhatkan kerana masalah kesihatan, juga turut berkesempatan menyumbang dalam rakaman lagu ini untuk bahagian muzik gitar bersama – sama Tam dan juga Pown.  Nafie telah dikejarkan ke hospital baru – baru ini akibat serangan strok dan terkini masih di hospital setelah menjalani pembedahan di otak.

Menurut Spider sendiri, ‘Keluar Sarang’ adalah sebuah single terbaru Spider yang dicetus dan diinspirasikan daripada Konsert Solo Keluar Sarang . Menggunakan tajuk yang sama dan akan dimuatkan dalam album kompilasi serta album penuh akan datang’.



Single ‘Keluar Sarang’ ini adalah sebagai pengenalan sebelum album sepenuhnya dirilis di pasaran. Album terakhir Spider adalah pada 8 tahun lalu. Spider kini sedang dalam studio untuk menyiapkan lagu-laqu yang terbaik dan hit untuk album baru ini agar mereka dapat terus menangkap hati para peminat di luar sana, seperti mana lagu-lagu hit mereka terdahulu dapat menangkap jiwa pendengar sehingga kini.

‘Keluar Sarang’ merupakan terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan Sony Music Entertainment Malaysia, dan edaran secara digital oleh Sony Music Malaysia. Kini boleh didapati di platform Youtube dan penstriman digital. ‘Keluar sarang, jiwaku kental bagaikan hero”

YouTube video

 

Spider Lancar Single Terbaru, ‘Keluar Sarang’ [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button