Ernie Zakri Mengandung Anak Kedua [VIDEO]

Reaksi Syamel Raih Perhatian! “Terkelu Lidah Dia”

Ernie Zakri Mengandung Anak Kedua [VIDEO]

Ernie Zakri Mengandung Anak Kedua [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.



Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.

“Kalau Mengandung, Konsert Nanti Cemana?”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Hot FM yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 46 ribu, tanda suka sebanyak 1,152 dan sebanyak 13 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Syamel yang berda di konti radio tersebut untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan mengenai keluarganya itu. Kemudian salah seorang penyampai radio tersebut memberitahu bahawa adakah Ernie Zakri tengah mengandung.

‘Dia kalau ada rezeki tu kitaorang tak menidakkan lah kan,”-Jawab Syamel



@hotfm976_

Pandai pandai je Johan ni! Tapi….. betul ke @Syamel @erniezakriez ? 👀😆 Kita doakan yang baik-baik untuk pasangan penyanyi, Syamel & Ernie Zakri ni okay! 😍❤️ @INIREALFAFAU @JozlynnHanania_ @AGAzmeer #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ

♬ original sound – Hot FM – Hot FM

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak pasti sama ada jawapan Syamel itu menyatakan Ernie tengah mengandung ataupun tidak.



Apa-apa pun, berita tersebut tidak dapat dipastikan lagi kesahihannya, namun peminat hanya mampu berdoa yang terbaik buat pasangan selebriti itu.

Ernie Zakri Mengandung Anak Kedua [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button