KL City sedia ‘robek’ juara Liga Filipina
KL City sedia ‘robek’ juara Liga Filipina
PASUKAN Kuala Lumpur (KL) City meletakkan harapan tinggi agar dapat memulakan kempen Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) dengan langkah kanan pada aksi pertama Kumpulan B bertemu wakil Filipina, Kaya FC-Ilolo malam esok.
Pengendali The City Boys, Miroslav Kuljanac meletakkan sasaran tiga mata dapat diraih oleh pasukan sekali gus memulihkan reputasi yang telah tercalar diperingkat Liga Super sebelum ini.
“Saya lihat pasukan lawan memiliki disiplin daripada segi taktikal. Harus diakui mereka pasukan yang tidak boleh kita pandang rendah dalam perlawanan pertama nanti.
“Pasukan lawan memiliki pengalaman terutama apabila bersaing pada kempen Liga Juara-juara Asia (ACL) sebelum ini.
“Namun, objektif pasukan adalah jelas dengan memburu keputusan positif sekali gus memulakan saingan ACC 2024 kali ini dengan langkah kanan,” katanya pada sidang media sebentar tadi.
Sementara itu, ketua jurulatih Kaya FC, Yu Hoshide melihat KL City sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan pertama Kumpulan B memandangkan status selaku tuan rumah.
Kata Hoshide, pemain KL City juga memiliki kelebihan daripada aspek kecergasan berbanding anak-anak buahnya yang hanya menjalani latihan tanpa aksi kompetitif selepas Liga Filipina berakhir bulan lalu.
“Perlawanan esok agak sukar kerana pasukan KL City sedang berada dalam motivasi terbaik kerana liga mereka sedang berjalan. Namun, kami tetap akan persembahkan aksi yang cemerlang dalam perlawanan itu nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE
KL City sedia ‘robek’ juara Liga Filipina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Pelantikan Perdana Menteri Ke 10 Tidak Mengikuti Proses Yang Betul?
- 17 ADUN PN Pahang Mahu Muhyiddin Di Siasat
- Kerjaya Politik Muhyiddin bakal berkubur
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16