5 mayat ditemukan dari kapal dinaiki jutawan yang karam

5 mayat ditemukan dari kapal dinaiki jutawan yang karam

5 mayat ditemukan dari kapal dinaiki jutawan yang karam
5 mayat ditemukan dari kapal dinaiki jutawan yang karam

Porticello, Itali: Penyelam yang mencari enam mangsa termasuk jutawan teknologi United Kingdom (UK) Mike Lynch, yang hilang selepas kapal layar besar karam di Sicily, pada Rabu menarik empat mayat dari bangkai kapal dan dilaporkan menemukan mayat kelima.

Perkembangan suram itu, selepas tiga hari operasi pencarian sejak “Bayesian” karam pada awal pagi Isnin lalu, menjadikan jumlah kematian kepada enam – dengan seorang masih hilang.

Tiada pengecaman rasmi mayat tetapi Lynch dan anak perempuannya Hannah yang berusia 18 tahun adalah antara yang hilang sejak kapal layar itu karam dalam ribut di luar pulau Itali.



Bot layar berbendera British sepanjang 56 meter (m) itu berlabuh kira-kira 700 m dari Porticello, timur Palermo, apabila ia dilanggar oleh sengkayan – serupa dengan puting beliung mini. Ia tenggelam dalam beberapa minit.

Lima belas orang diselamatkan, termasuk isteri Lynch dan seorang wanita yang mempunyai bayi berusia setahun. Tetapi mayat seorang lelaki, dipercayai cef kapal layar itu, ditemukan beberapa jam kemudian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema



Lynch dan anak perempuannya; peguamnya, Christopher Morvillo dan isterinya Neda, dan Jonathan Bloomer, pengerusi Morgan Stanley International dan isterinya, Judy, semuanya dilaporkan hilang.

Wartawan AFP di Porticello melihat pekerja kecemasan memindahkan empat beg mayat dari bot yang pulang dari laut, ke dalam khemah di dermaga, atau ke dalam ambulans yang menunggu di situ.

Beberapa media berbeza kemudian berkata, mayat kelima ditemukan tetapi belum dibawa ke pantai.

Dalam kemas kini lewat Rabu, pengawal pantai mengesahkan empat mayat ditemukan.



Lokasi kapal layar itu – yang sebahagian besarnya masih utuh dan di dasar laut kira-kira 50 m di bawah permukaan air – menjadi satu cabaran, katanya.

Lynch – seorang usahawan yang kadangkala dirujuk sebagai Bill Gates dari Britain – menjemput tetamu ke atas kapal layar untuk meraikan pembebasannya dalam kes penipuan di Amerika Syarikat.

Lelaki berusia 59 tahun itu dibebaskan daripada semua pertuduhan di mahkamah San Francisco pada Jun selepas dia dituduh melakukan penipuan A$11 bilion yang dikaitkan dengan penjualan firma perisiannya, Autonomy, kepada Hewlett-Packard.

5 mayat ditemukan dari kapal dinaiki jutawan yang karam

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button