Muzium Nintendo dibuka pada 20 Ogos

Muzium Nintendo dibuka pada 20 Ogos

Muzium Nintendo dibuka pada 20 Ogos
MUZIUM Nintendo. FOTO Nintendo.Com/JP

Tokyo: Nintendo pada Selalu lalu memaklumkan akan membuka muzium pertamanya 2 Oktober depan yang menampilkan permainan video vintaj dan penggambaran interaktif dengan watak Super Mario.

Muzium di bandar Uki, Kyoto itu terletak di dalam sebuah kilang lama yang dibina pada 1969.

Pada 20 Ogos, syarikat itu juga memuat naik video Shigeru Miyamoto iaitu pencipta Super Mario Bros dan permainan terkenal lain, bagi memberi pratonton ringkas mengenai apa yang ada di dalam muzium berkenaan.



“Muzium Nintendo adalah tempat di mana pelawat boleh belajar mengenai komitmen Nintendo terhadap pembuatan yang mementingkan permainan dan keaslian,” kata Miyamoto dalam klip itu.

Selain itu, ia akan memaparkan permainan menembak dan beberapa konsol pertama firma itu. Bahan pameran lain termasuk ‘alat kawalan gergasi’ yang dikendalikan oleh dua individu dan satu lagi bahan pameran, menampilkan puisi Jepun purba.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

  1. Muhyiddin Pertahan Kenyataan Di Nenggiri
  2. Penganalisa Politik Saran PN Ganti Muhyiddin Jika Ingin Kekal Relevan
  3. Muhyiddin tidak cukup jantan untuk dedah nama 115 Ahli Parlimen

Kerana Muhyiddin 17 ADUN PN Pahang Dalam Dilema




Syarikat itu mengumumkan rancangan untuk membuka muzium, pada 2021. Ia sebahagian daripada usaha untuk meluaskan aliran pendapatannya.

Super Nintendo World, taman tema pertama syarikat itu, dibuka pada Mac 2021, selepas penangguhan akibat pandemik Covid-19 selama berbulan-bulan.

Ia sebahagian daripada kompleks Universal Studios Jepun di Osaka dan menampilkan permainan Mario Kart dengan tarikan Bowser’s Castle.

Nintendo bermula pada 1889 sebagai pengeluar kad ‘hanafuda’ Jepun dan melancarkan mesin permainan video rumah pertamanya, yang dikenali sebagai TV Game 15 dan TV Game 6, pada 1977.



Permainan Super Mario Bros dilancarkan pada 1985, dua tahun selepas syarikat itu mula menjual konsol Nintendo Entertainment System.

Muzium Nintendo dibuka pada 20 Ogos

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button