Cukup-Cukuplah Bercakap Tentang Dah Cukup Jumlah

Cukup-Cukuplah Bercakap Tentang Dah Cukup Jumlah

Cukup-Cukuplah Bercakap Tentang Dah Cukup Jumlah

 

Usia Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum ke 15, sudah hampir menjangkau 2 tahun.

Dan ianya semakin menghampiri jeda waktu setengah penggal.



Banyak lagi yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk terus memakmur dan membantu rakyat.

Kita masih lagi dihimpit dengan tekanan kos sara hidup yang tinggi.

Di sana sini, rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barang keperluan asas harian.

Benar, beras tempatan berada dalam senarai harga kawalan.



Tetapi, adakah bekalan beras tempatan mencukupi di pasaran.

Di atas kertas rakyat diberitahu harga beras tempatan boleh diperolehi dengan harga RM30 untuk setiap 10 kilogram.

Tetapi sekali lagi kita bertanya, adakah ianya boleh diperolehi di pasaran?

Itu belum lagi kita bercakap mengenai bekalan dan harga barangan keperluan asas yang lain.



Tidak dapat dinafikan, kerajaan sememangnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi isu tersebut.

Tetapi anggota pentadbiran kerajaan atau pihak eksekuti adalan manusia.

Sebaik mana pun perancangan dan pelaksanaan yang dilakukan, pasti akan ada ruang untuk menambah baik usaha tersebut.

Di sinilah rakyat dan negara memerlukan kehadiran dan kewibawaan pembangkang.



Pembangkang lebih mudah melihat segala kekurangan yang ada untuk diberikan cadangan penambah baik pelaksanaan, kerana mereka berada di luar kerajaan.

Tetapi sangat mengecewakan kita semua, pembangkang yang ada sekarang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka yang sepatutnya.

Mereka lantang bercakap tentang kesengsaraan yang rakyat hadapi sekarang.

Tetapi apakah penambahbaikan yang telah dicadangkan oleh pihak pembangkang?



Sebaliknya, pembangkang hanya sibuk bercakap mengenai proses pelantikan perdana menteri yang sudah hampir 2 tahun berlalu.

Masih lagi bercakap kononnya mereka mempunyai jumlah Surat Akuan Bersumpah (SD) yang cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Hingga sanggup mempersoalkan dan memperlekehkan kredibiliti YDP Agong yang bertanggungjawab melantik perdana menteri.

Cukup-cukuplah membincangkan isu yang sangat memualkan ini.



Jadilah pembangkang yang berkualiti dan bertanggungjawab.

Kalau pun masih ada angan-angan untuk menjadi perdana menteri, tunggulah Pilihanraya Umum ke 16 nanti.

 

Cukup-Cukuplah Bercakap Tentang Dah Cukup Jumlah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button