Piala FA: Safuwan ikrar lunas ‘rugi’ Selangor

Piala FA: Safuwan ikrar lunas ‘rugi’ Selangor

Piala FA: Safuwan ikrar lunas ‘rugi’ Selangor
SAFUWAN bersedia membantu Selangor menamatkan penantian trofi selepas kali terakhir menjulang Piala Malaysia edisi 2015. – FB SELANGOR FC

KAPTEN Selangor FC, Safuwan Baharudin sedia untuk membayar ‘ganti rugi’ buat pasukan itu dalam usaha menamatkan penantian 15 tahun trofi Piala FA menjelang aksi final bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) malam esok.

Sebagai rekod, skuad Gergasi Merah memburu trofi berprestij itu buat kali pertama sejak menang edisi 2009, manakala kali terakhir mara ke pentas final pula pada enam tahun lalu.

Ironinya, Selangor FC terpaksa akur apabila tewas kepada Sri Pahang pada edisi 2018 dengan Safuwan ketika itu menjadi salah seorang tunjang pasukan Tok Gajah.



Menurut Safuwan, kemaraan ke final pada kempen Piala FA kali ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang baharu buat pasukan Merah Kuning selain berharap ‘pisang tidak berbuah dua kali’.

“Saya boleh katakan satu benda yang baru. Ketika 2018, Selangor ketika itu tewas kepada Sri Pahang dan saya ketika itu mewakili pasukan lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




“Justeru, saya tahu keperitan yang dirasai oleh pasukan Selangor,” kata pemain import kelahiran Singapura berusia 33 tahun itu.

Kali terakhir skuad Gergasi Merah menjulang trofi domestik adalah ketika bergelar juara Piala Malaysia edisi 2015 dengan menewaskan Kedah di pentas final.

Skuad kendalian Nidzam Jamil itu dijangka mengharungi cabaran getir dalam usaha menjuarai trofi Piala FA musim ini memandangkan status JDT selaku juara bertahan.

Selain itu, skuad Harimau Selatan juga dilihat cukup kebal pada kempen kali ini apabila belum tewas pada sebarang perlawanan kompetitif selain berada pada prestasi terbaik di bawah bimbingan Hector Bidoglio.



Piala FA: Safuwan ikrar lunas ‘rugi’ Selangor

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button