Gunung Dukono tiba-tiba meletus, lebih 10 pendaki terselamat

Gunung Dukono tiba-tiba meletus, lebih 10 pendaki terselamat

Gunung Dukono tiba-tiba meletus, lebih 10 pendaki terselamat
FOTO Instagram anak_esa

Jakarta: Badan Nasional Penanganan Bencana (BNPB) berkata, lebih 10 pendaki Gunung Dukono di Daerah Halmahera Utara, Maluku Utara, melakukan kegiatan pendakian tanpa izin, ketika gunung berapi itu meletus, Sabtu lalu.

Ketua Pusat Data, Informasi, dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari pada Selasa berkata, melalui keterangan bertulisnya, walaupun status aktiviti Gunung Dukono berada pada tahap dua iaitu berjaga-jaga, pendaki itu dikatakan bertuah kerana dapat menyelamatkan diri apabila Gunung Dukono tiba-tiba meletus.

“Pos Pemerhatian Gunung Berapi Dukono (PGA) menjelaskan mereka (pendaki berkenaan) bertuah kerana dapat menyelamatkan diri daripada bencana letusan itu,” katanya seperti dilaporkan Kompas.



Justeru, kata Abdul Muhari, orang ramai termasuk pelancong atau pendaki digesa mematuhi saranan terutama mengenai zon bahaya yang sudah ditentukan.

Gunung Dukono kini meletus berterusan, jadi aktiviti mendaki tidak dibenarkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




Asap kawah utama berwarna putih dan kelabu dengan intensiti tebal yang tinggi iaitu antara kira-kira 100 meter (m) hingga 1,000 m dari puncak.

“Ketika ini gunung berapi Dukono masih meletus dengan kuat menghasilkan tiang letusan dengan ketinggian purata 100 hingga 1,000 m,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Priatin Hadi Wijaya.

Priatin berkata, dalam tempoh 1 hingga 15 Ogos 2024, terdapat 2,387 gempa bumi mencetuskan letusan.

Menurutnya, keadaan itu menunjukkan tahap aktiviti gunung berapi Gunung Dukono masih tinggi.



Pada tahap ini, Priatin berkata, Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMG) Indonesia mengesyorkan supaya tiada aktiviti manusia dibenarkan dalam radius tiga kilometer dari kawah atau pusat aktiviti.

“Orang ramai digesa tidak mendaki Gunung Dukono memandangkan gunung itu aktif dalam tahap tinggi,” katanya.

Gunung Dukono tiba-tiba meletus, lebih 10 pendaki terselamat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button