Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD

Oleh Adam Malik

Isu sebenar adalah isu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyindir mantan Yang DiPertuan Agong dalam ceramahnya di kempen pilihanraya DUN Nenggiri.

 



Kata kata TSMY dapat disaksikan oleh jutaan rakyat melalui video yang viral.

 

Ia sebuah kes 3R yang sangat “clear cut”.

 



Maka kenyataan TSMY ini akibat kan hampir tiga pulah laporan Polis telah dibuat oleh pelbagai pihak.

 

Akhir sekali pihak Istana Pahang turut membuat aduan Polis melalui pemangku Sultan Pahang.

 



Maka TSMY sudah pasti didapati bersalah kerana kenyataan itu merupakan hasutan menyuruh penyokong nya persoal tindakan yang diambil oleh YDPA.

 

Namun, dalam sekelip mata , TSMY cuba alihkan isu 3R kepada isu SD pula.

 



TSMY dan penyokong penyokong nya cuba mengalih dari rakyat berbual perbuatan biadap TSMY terhadap YDPA kepada Isu jumlah 115 SD pula.

 

Sebenar nya ia dua isu berbeza.

 



Kesalahan induk TSMY adalah biadap terhadap Pihak YDPA , maka itu terlebih dulu harus didakwa dan disiasat.

 

Cubaan orang orang Muhyiddin mengalih tumpuan dari isu kebiadaban Muhyiddin terhadap YDPA kepada isu SD sudah pasti tidak akan berjaya.

 



Ini kerana isu biadap akan diuruskan pihak istana dan Isu SD diuruskan oleh BN dan Presiden UMNO.

 

 

 

Sama ada isu 115 SD itu sahih atau tidak, ia tiada kaitan dengan isu menghina Institusi YDPA .

 

Muhyiddin sudah sangat tertekan, dan kegagalan jadi Perdana Menteri membuat kedudukan politik nya huru hara.

 

Ini kerana banyak penyelewengan Parti Bersatu dilakukan terangan kerana Parti Bersatu dan Muhyiddin amat percaya akan terus berkuasa selepas PRU15 lalu penyelewegan boleh dikambus seperti mantan Perdana Ismail Sabri lakukan.

 

Hanya apabila kerajaan Perpaduan ambil alih kuasa sahaja baru terbongkar semua penyelewengan zaman Muhyiddin Yassin termasuk yang berlaku diera Ismail Sabri.

 

Apa yang terbaik untuk Muhyiddin Yassin lakukan adalah hadapi sahaja dakwaan seperti Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi hadapi, dengan tidak cuba wujudkan keadaan huru hara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button