Sarawak kini sah hos bersama Sukan SEA 2027

Sarawak kini sah hos bersama Sukan SEA 2027

Sarawak kini sah hos bersama Sukan SEA 2027
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sarawak bakal jadi tuan rumah bersama Sukan SEA 2027. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan yang kerajaan persekutuan bersetuju untuk menganjurkan Sukan SEA 2027 secara bersama dengan Sarawak.

Daripada prestasi atlet bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dan prasarana dimiliki Sarawak, Anwar percaya negeri itu sudah bersedia untuk menganjurkan temasya sukan berkelas antarabangsa.

“Pada Sukma kali ini, tujuh rekod kebangsaan dipecahkan, 21 rekod Sukma dipecahkan. Luar biasa semangatnya, saya bagi pihak kerajaan bersetuju untuk Sarawak bersama kerajaan Malaysia menganjurkan Sukan SEA 2027.



“Ada keupayaan, prasarana juga baik, jadi apa susahnya Sukan SEA. Saudara Saudari mampu laksanakannya dengan baik,” katanya pada Majlis Penutup Sukma 2024 di Stadium Perpaduan, hari ini.

Sarawak sebelum ini bersetuju menjadi tuan rumah bersama bagi Sukan SEA 2027, dengan syarat majlis perasmian temasya itu diadakan di Sarawak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16



 

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain itu beberapa acara juga perlu dipertandingkan di Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Sarawak kini sah hos bersama Sukan SEA 2027

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button