Sukma 2024: Andrew Goh, Chen Jie muncul atlet terbaik

Sukma 2024: Andrew Goh, Chen Jie muncul atlet terbaik

Sukma 2024: Andrew Goh, Chen Jie muncul atlet terbaik
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga dari kiri) menyampaikan anugerah Atlet Terbaik Lelaki Sukma 2024 kepada perenang Selangor, Andrew Goh (tiga dari kanan) pada Majlis Penutup Sukma 2024 di Stadium Perpaduan. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING – Jaguh renang Selangor, Andrew Goh dan penembak wanita Negeri Sembilan, Gan Chen Jie masing-masing diangkat sebagai atlet terbaik Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Pemilihan Andrew yang berusia 20 tahun jelas bertepatan selepas kuakannya membutirkan lima pingat emas daripada tujuh acara yang disertainya.

Walaupun bukan kutipan emas terbanyak, penampilannya kali ini menyaksikan Andrew berjaya meleburkan dua rekod kebangsaan miliknya menerusi acara 100 meter kuak dada dan 50m kuak dada.



Andrew juga turut ‘menggoncangkan’ Pusat Akuatik Pandalela Rinong dengan memperbaharui dua rekod Sukma menerusi 200m kuak dada dan 4x100m rampaian lelaki

“Ia satu penghormatan buat saya apabila dipilih sebagai atlet terbaik Sukma kali ini. Saya berterima kasih kepada pasukan yang memberi sokongan padu untuk saya mencapai misi pada temasya ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tok Mat Hasan: BN Mungkin Gerak Solo Dalam PRU 16




“Saya pasti ada sebab mengapa mereka memilih saya. Saya akan terus bekerja keras bagi membuktikan mengapa mereka memilih saya sebagai atlet terbaik terutama dalam usaha untuk memburu tempat ke Sukan Olimpik,” kata Andrew.

Tujuh pingat emas menjadi asas kepada pemilihan Chen Jie sebagai atlet terbaik wanita Sukma 2024 dimana dia turut merekodkan dua rekod kejohanan dalam acara 10m air rifle dan 50m rifle tiga posisi.

Kedua-duanya menerima trofi dan hadiah wang tunai RM2,000.

Pemilihan atlet terbaik dibuat berdasarkan tiga kriteria utama iaitu jumlah pingat emas diraih, memperbaharui rekod kebangsaan dan memperbaharui rekod temasya.



Dua kriteria tambahan yang turut dipertimbangkan adalah jumlah pingat diraih berbanding jumlah acara disertai dan jumlah pingat diraih menerusi acara individu. – KOSMO! ONLINE

Sukma 2024: Andrew Goh, Chen Jie muncul atlet terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button