Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?

Agenda Bebaskan Najib Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?

 

Persidangan Agung UMNO 2024 sudah pun melabuhkan tirainya semalam.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO masih tetap utuh dengan agenda untuk membebaskan DS Najib.



Beliau berkata, pentas PAU kali ini juga turut menepis persepsi bahawa perjuangan pembebasan DS Najib bukan lagi agenda UMNO pimpinan DS Zahid.

Ia membuktikan pembebasan bekas perdana menteri itu satu agenda berterusan parti.

Dr Asyraf Wajdi juga memaklumkan usul pengampunan penuh DS Najib paling banyak diterima pada persidangan kali ini.

Daripada 171 bahagian usul yang diterima, 72 bahagian UMNO mengusulkan pembebasan penuh bekas presiden UMNO itu.



DS Zahid pada akhir ucapannya sesi penggulungan pula turut memberi jaminan.

Bahawa UMNO akan terus berusaha membawa keluar DS Najib.

DS Zahid turut mendedikasikan sebuah puisi buat DS Najib di akhir ucapan penggulungan beliau.



Persoalannya, apakah puisi DS Zahid dan jaminan berulang kali untuk mendapatkan keadilan buat DS Najib mampu membebaskan beliau dari jeriji besi?

Retorik Politik Atau Usaha Yang Ikhlas?

Kita tidak nafikan usaha yang telah dilakukan oleh UMNO untuk membebaskan DS Najib.

UMNO mendakwa pernah mengumpulkan satu juta tandatangan.

Kononnya akan digunakan sebagai surat rayuan kepada YDP Agong agar membebaskan DS Najib.



Tetapi, apakah hasil yang boleh kita lihat dari usaha tersebut?

DS Najib masih kekal di dalam penjara.

Begitu juga DS Zahid dan DS Wan Mokhtar pernah memfailkan afidavit untuk menyokong dakwaan DS Najib mengenai kewujudan Titah Adendum YDP Agong.

Apakah hasil yang boleh kita lihat dari usaha tersebut?



Masih juga DS Najib kekal di dalam penjara.

Realitinya, UMNO telah melepaskan peluang terbesar untuk mendapatkan keadilan buat DS Najib ketika sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Kenapa agenda keadilan untuk DS Najib tidak diletakkan sebagai pra syarat kepada persetujuan UMNO untuk membentuk kerajaan gabungan bersama Pakatan Harapan?

Persoalan yang paling besar sekarang adalah, mampukah puisi DS Zahid dan usul 72 dari 171 bahagian UMNO mempu memberikan keadilan untuk DS Najib?



Atau ianya akan kekal sebagai retorik politik yang hanya bergema di pentas Persidangan Agung UMNO atau pentas kempen ketika menjelang pilihanraya?

DS Najib mahukan keadilan dan bukannya pembebasan tanpa mendapat keadilan.

 

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button