Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah

Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah

Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah

 

Dr Mahathir mendakwa Malaysia masih belum lagi merdeka kerana dijajah oleh kerajaan sendiri atas pelbagai sekatan.

Menurur beliau, antaranya negara belum bebas daripada sekatan rakyat berhubung isu 3R (kaum, agama dan raja) walaupun Malaysia telah bebas dari pejajahan British.



“Kita perlu tahu apa makna merdeka.”

“Merdeka bermakna bebas daripada sekatan, kezaliman mana-mana pihak.”

“Ia jelas dilihat apabila kerajaan hari ini tidak membenarkan kita itu dan ini.”

“Saya kata kita tidak merdeka.”



“Tidak boleh bercakap mengenai  isu 3R, tidak boleh cakap mengenai PMX.”

“Yang hanya merdeka atau bebas hanyalah kerajaan sahaja.”

“Kita tidak merdeka.”

“Kalau bercakap sedikit pasal isu 3R, polis akan panggil kita.”



“Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri (Muhyiddin Yassin) pun dipanggil polis kononnya dia bercakap pasal 3R.”

“Jadi tak bebaslah kita.”

“Ini bukan undang-undang pun kerana ia dibuat secara tidak sah.”

“Undang-undang sepatutnya perlu diluluskan di Dewan Rakyat.”



“Kerajaan pada hari ini bebas untuk bertindak ke atas sesiapa sahaja.”

“Malah jika tersilap sedikit individu itu akan dipanggil polis untuk disoal siasat.”

“Saya pelik kenapa kita tidak boleh bercakap mengenai bangsa kita dan agama kita.”

“Saya berpendapat sambutan Hari Merdeka ini tiada makna.”



“Kalau kita nak merdeka, segala sekatan ini perlu dibuang dan dihapuskan.”

“Sebab itu, saya tidak rayakan Hari Merdeka kerana kita sebenarnya tak merdeka pun sebenarnya.”

“Kita tidak boleh buat apa pun.”

“Nak selesaikan masalah orang Melayu dan agama kita pun tidak boleh bercakap kerana ini semua tertakluk kepada undang-undang haram ini.”



“Selagi rakyat tidak mendapat hak untuk bercakap dan berbahas tidak kira di Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara, Malaysia boleh dianggap belum merdeka.”

“Kerana kerajaan yang mengawal dan halang semua perkara,” kata Dr Mahathir.

Persoalannya, adakah Ops Lalang di era Dr Mahathir boleh dijadikan dalil kemerdekaan sepenuhnya menurut versi Dr Mahathir?

Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button