PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.

Oleh Adam Malik

 

UMNO perlu bertanggungjawab bagi menjelaskan kekeliruan di kalangan orang Melayu-Islam bahawa parti dan agama merupakan dua perkara yang berbeza- Wan Rosdy.



PAS mengelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.

Selesai sudah Perhimpunan Agong UMNO di World Trade Centre semalam dengan jaya nya.

Pelbagai pendapat dan pendirian terdapat dalam himpunan UMNO kali ini dalam suasana yang bercampur gembira dan sedih.

Gembira kerana kejayaan UMNO menewaskan Parti PAS di DUN Nenggiri, di Kelantan negeri yang PAS dominan .



Sedih pula kerana seluruh ahli perwakilan dan kepimpinan merindui mantan Presiden Datuk Seri Najib Razak yang masih berada dalam penjara.

Pada sesi pergulungan Perhimpunan Agung UMNO, satu kenyataan sangat menarik telah dibuat oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

DSWR dengan tegas telah memberitahu Dewan Perhimpunan, bahawa akibat banyak keterlanjuran dan kekeliruan yang dibawa oleh Parti PAS berkaitan agama Islam dalam politik negara, maka kini menjadi tanggungjawap UMNO untuk memperbetulkan kekeliruan yang dibawa oleh PAS.

Adakalanya pemimpin PAS sendiri terkeliru mana satu Parti dan nana satu agama.



“Setiap hari, Pas asyik meratib ‘UMDap, UMDap, UMDap’, tetapi kita kena ingat, orang UMNO belum pernah berguling atas jalan sambil pegang bendera Dap,” – Wan Rosdy.

Jika Parti PAS menang sesuatu pilihanraya , PAS mendakwa “Islam telah menang” sedangkan Islam tidak bertanding pun.

Apakah jika Parti PAS kalah Islam sudah kalah?

PAS mengelirukan umat Islam dan ahli nya sendiri dengan memandai mandai membuat syarat baru dan syarat tambahan untuk umat Islam negara ini bahawa hanya dengan menjadi ahli PAS dan undi PAS sahaja seseorang Islam akan dapat masuk syurga.



Bagaimana ini mustahil sedangkan PAS sekadar sebuah parti yang wujud 1500 tahun selepas wafat Baginda Rasulullah.

Tambah lagi Parti PAS perlu mendaftar penubuhan nya di pejabat RoS .

Atas sebab ini Datuk Wan Rosdy berkata kepada semua umat Melayu Islam “parti dan agama adalah dua perkara berbeza”.

Maka sudah tiba masanya UMNO yang wujud jauh lebih awal dan parti Melayu Islam lebih besar dari PAS membela agama Islam dengan membetulkan kekeliruan yang dibawa oleh PAS.



Semua orang Melayu Islam tentu sudah faham PAS sekadar Islam retorik yang tidak ada jasa besar terhadap Islam selain mengambil kesempatan undi dari orang Melayu Islam.

Menurut DSWR PAS telah membuktikan ia boleh jadi apa sahaja ikut keperluan politik parti itu.

Walaupun PAS telah mentadbir empat negeri hari ini namun tiada apa yang dilakukan yang signifikan untuk rakyat negeri, sebalik nya menyerah negeri itu kepada Tun Mahathir.

Jika ustaz PAS dakwa Islam memimpin dan bukan dipimpin, ternyata PAS menipu umat Islam kerana walaupun PAS miliki dan menang banyak kerusi tetapi PAS serah kuasa pimpin Perikatan Nasional kepada Muhyiddin Yassin , seorang Kluster mahkamah dan miliki kerusi sedikit dari PAS.



Tugas menjadi ketua membangkang pun PAS gagal galas untuk memimpin.

Kini , PAS sedang mengintai peluang untuk tawan negeri Pahang, ini kerana meleleh air liur melihat kejayaan Menteri Besar Datuk Wan Rosdy membawa kekayaan dan hasil pulangan berbilion kepada kantong negeri Pahang.

Kejayaan ini disebut sendiri oleh Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid pada ucapan nya didewan WTC didepan semua hadirin.

PAS mahu jadi seperti tikus jatuh kedalam guni beras jika tawan negeri Pahang.

Pasti kering kantong negeri jika PAS perintah dan pasti juga tanah yang Datuk Wan Rosdy rampas dari penceroboh Musang King akan dapat kepada penceroboh cara rasmi seperti terjadi pada skandal tanah Kelantan jatuh berpuluh ribu ekar ke tangan warga bangsa asing.

Apa pun bagai dikata oleh DSWR bahawa kini menjadi tugas dan tanggung jawap UMNO untuk perbetul kan dakyah mengelirukan oleh PAS.

Terbukti UMNO menggunakan Parti UMNO untuk pertahankan agama Islam, PAS pula perguna dan tunggang agama Islam untuk pertahan Parti demi kepentingan nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button