Lelaki cedera ditembak depan restoran

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki cedera ditembak depan restoran

Seorang lelaki berusia 45 tahun cedera ditembak di punggung kiri dalam kejadian di hadapan sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi di sini kira-kira pukul 2.15 pagi kelmarin.



Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Vellfire atau Alphard berwarna putih berhenti berhampiran restoran tersebut.

“Seorang lelaki warga tempatan kemudian keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah individu yang duduk di luar restoran berkenaan. Suspek seterusnya segera melarikan diri dengan menaiki kenderaan sama,” katanya malam ini.

Menurut Hoong Fong, mangsa yang terkena tembakan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan lima kelongsong peluru, satu anak peluru serta kesan tembakan pada kerusi dan dinding restoran itu.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button