Wanita reka cerita diculik, rupanya bermalam dengan rakan lelaki

Oleh – Syeikh Baran


Wanita reka cerita diculik, rupanya bermalam dengan rakan lelaki

Seorang wanita yang mendakwa dirinya diculik oleh seorang lelaki, pada Khamis lalu rupa-rupanya sedang berseronok bermalam dengan rakan lelaki di Rompin, Pahang.



Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, wanita berusia 24 tahun itu ditemukan dalam keadaan selamat kira-kira pukul 2 petang di Tanjung Gemok, Rompin.

Katanya, laporan mengenai wanita berusia 24 tahun yang disyaki dilarikan lelaki tidak dikenali diterima pada pukul 5.23 petang, Khamis lalu.

“Gerakan mencari mangsa dijalankan membabitkan pelbagai eleman dan hasil maklumat orang awam, wanita berkenaan telah ditemukan dalam keadaan di selamat di kawasan Rompin.

“Siasatan mendapati mangsa telah memberikan maklumat palsu kepada ahli keluarganya dengan menyatakan diculik kerana mahu bermalam dengan kawan-kawan di kawasan mangsa dijumpai,” katanya kepada pemberita hari ini.



Kelmarin tular satu hantaran di media sosial oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya telah diculik oleh tiga orang lelaki yang menaiki Perodua Myvi warna hitam kira-kira pukul 3 petang.

Menurut Abdul Razak, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati wanita terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 26 dan 24 tahun yang bersama wanita tersebut ditahan bagi membantu siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button