Lelaki mengamuk, ugut bunuh pemandu van hantar barang

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki mengamuk, ugut bunuh pemandu van hantar barang

Seorang lelaki mengamuk sehingga bertindak memecahkan cermin sebuah kenderaan penghantar barangan.



Menerusi klip video di laman X, memaparkan kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di kawasan perumahan dekat Kajang.

Berdasarkan video berdurasi lebih seminit itu, lelaki berkenaan dilihat mengamuk dengan melemparkan kata kesat sebelum menghentak topi keledarnya ke arah kenderaan mangsa.

Bagaimanapun, punca sebenar kejadian tidak dapat dikenal pasti.

“Saya hantar barang, apa masalah abang ini. Kalau abang buat apa-apa dekat saya, saya ‘report’ (lapor) polis sahaja. Saya tengah rakam ini,” kata mangsa.



Namun, lelaki terbabit tidak mengendahkan kata-kata mangsa dan memintanya untuk keluar daripada kenderaan.

“Kalau tak nak cermin depan pecah, engkau turun. Aku bunuh engkau nanti,” kata lelaki itu sambil menghalakan penyodok ke arah mangsa.

Sehubungan itu, rata-rata meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan.

“Lain macam dia punya baran. Kita tunggu dia naik ‘kereta putih’ nanti,” kata Artemis.



“PDRM dah angkut ke orang ini. Macam hisap dadah pun ada. Mesti sangkut urin kalau kena tahan,” seloroh Aen.

“Banyak benda boleh ambil tindakan ni. Membahayakan diri kita, ugut bunuh dan merosakkan harta benda. Ingat negara gengster ke?” ujar Cikgu Zyd.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button