KD Pendekar tenggelam sepenuhnya – TLDM

KD Pendekar tenggelam sepenuhnya – TLDM

KD Pendekar tenggelam sepenuhnya – TLDM
KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar di posisi 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pukul 12 tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu Kapal Diraja (KD) Pendekar tenggelam sepenuhnya di posisi 2 batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada pukul 3.54 petang tadi.

TLDM dalam kenyataannya, usaha menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.

“Usaha pantas komuniti maritim telah berjaya menyelamatkan kesemua kru KD Pendekar seramai 39 orang sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya.



“Tiada kecederaan dilaporkan. Mereka kini berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, Johor,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Dalam pada itu, aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran .


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.




“Orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat insiden yang tidak sah. Perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui sumber rasmi TLDM,” ujarnya.

Kosmo! melaporkan KD Pendekar mengalami kebocoran dan kebanjiran besar ketika melaksanakan penugasan operasi pada kedudukan 2 batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop, Johor pukul 12 tengah hari tadi.

Kebocoran itu dipercayai berpunca akibat kapal terlanggar dengan objek bawah air. – KOSMO! ONLINE



KD Pendekar tenggelam sepenuhnya – TLDM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button