Peminat ‘troll’ Onana, bolos 60 gol EPL

Peminat ‘troll’ Onana, bolos 60 gol EPL

Peminat ‘troll’ Onana, bolos 60 gol EPL
ONANA (kiri) gagal membaca tandukan Pedro yang menghasilkan gol kemenangan buat Brighton di penghujung perlawanan semalam.

LONDON – Kecemerlangan penjaga gol Arsenal, David Raya menyelamatkan percubaan keemasan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park lewat malam semalam menjadi buah mulut para peminat di media sosial.

Raya dua kali bertindak pantas pada minit ke-54 bermula gerakan akrobatik menguis percubaan Amadou Onana yang terbias kaki William Saliba sebelum penjaga gol Sepanyol itu ‘terbang’ menolak keluar tandukan Watkins ketika gawang Arsenal sudah pun terbuka luas.

Situasi itu dilihat menjadi pencetus kepada perubahan momentum Arsenal yang kemudiannya berjaya meledak dua gol dalam tempoh 10 minit menerusi Leandro Trossard dan Thomas Partey pada minit ke-67 serta 77 untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 2-0.



Berdasarkan tinjauan di laman media sosial, rata-rata peminat memuji tindakan refleks Raya selain mereka turut membandingkan situasi sama dihadapi penjaga gol Manchester United, Andre Onana ketika tewas 1-2 kepada Brighton di Stadium Amex dalam satu lagi aksi EPL yang berlangsung semalam.

Peminat ‘troll’ Onana, bolos 60 gol EPL
RAYA (kanan) berjaya menepis keluar tandukan Watkins ketika Arsenal menang ke atas Villa awal pagi semalam – THE SUN

Onana gagal ‘membaca’ tandukan penyerang Brighton, Joao Pedro untuk meledak gol kedua The Seagulls di penghujung perlawanan sekali gus menghadiahkan kemenangan 2-1 buat tuan rumah ke atas United.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.




Lebih malang, jaringan itu menyaksikan Onana menjadi penjaga gol pertama melepaskan 60 gol dalam 40 perlawanan EPL sejak dia berhijrah menyertai The Red Devils daripada Inter Milan pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Onana tetap positif dan melaungkan keyakinan bahawa dia dan rakan sepasukannya masih mampu memenangi kejuaraan pada saingan musim ini.

“Kami mahu memenangi segala-galanya (musim ini). Kami tahu makna dan kepentingan apabila memakai jersi ini, jadi kami perlu berjuang habis-habisan dalam setiap trofi yang dipertandingkan kerana ini adalah kelab terbesar di dunia,” katanya. – AGENSI



Peminat ‘troll’ Onana, bolos 60 gol EPL


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button