Piala FA: Mentaliti juara kunci kejayaan JDT

Piala FA: Mentaliti juara kunci kejayaan JDT

Piala FA: Mentaliti juara kunci kejayaan JDT
Barisan pemain JDT ternyata berada dalam kelas tersendiri untuk mendominasi final Piala FA malam tadi. – Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

PETALING JAYA – Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva percaya semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh rakan-rakan sepasukan menjadi kunci utama selepas menewaskan Selangor FC 6-1 pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Pemain import kelahiran Brazil itu menyifatkan ia bukanlah aksi final yang mudah sebaliknya rakan-rakan sepasukan telah menunjukkan karakter serta mentaliti juara.

Kata Bergson, barisan pemain juga mahu menghadiahkan kejayaan tersebut kepada penyokong setia dan pemilik kelab, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.



“Saya rasa ini adalah malam yang sempurna buat kami. Penyokong sentiasa berada di belakang pasukan sepanjang saingan untuk memastikan kami berada pada tahap terbaik.

“Mengenai perlawanan, ia bukanlah aksi yang mudah tetapi kita menunjukkan prestasi terbaik pada saat yang tepat untuk memastikan pasukan dapat melakar kejayaan sekali lagi,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan JDT menjadi pasukan pertama menjuarai Piala FA buat kali ketiga berturut-turut sejak mendominasi bermula edisi 2022. – KOSMO! ONLINE

Piala FA: Mentaliti juara kunci kejayaan JDT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button