MITI berperanan bina perpaduan negara

MITI berperanan bina perpaduan negara

MITI berperanan bina perpaduan negara
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) turut memainkan peranan penting dalam membina perpaduan negara melalui usaha membawa masuk pelaburan ke dalam negara.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata MITI akan memastikan pelaburan bernilai berbilion yang dibawa masuk akan menghasilkan kemakmuran yang boleh dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

“Nak bina perpaduan negara – ini adalah tanggungjawab kita semua. Ini merupakan usaha senegara dan ia mesti diterap dalam setiap lapisan masyarakat, merentasi semua peringkat umur – yang paling penting ialah di peringkat sekolah,” katanya dalam ucapan pada pameran solo oleh Muhamad Zaim bertajuk ‘Resolute’ hari ini.



Beliau berkata pameran seni oleh Muhammad Zaim menekankan kepentingan perpaduan, kekuatan dan kebanggaan negara sebagai asas kepada Malaysia yang kukuh.

“Negara yang merdeka, bebas dan berdaulat dapat membina kekayaan dan kemakmuran untuk rakyatnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.




“Bagi saya, kebebasan di Malaysia bermakna tidak kira dari mana kita berasal, apa bangsa kita atau di mana kita berada, kita perlu dilayan sebagai ‘bebas’ atau ‘Merdeka’, supaya kita dapat membina kemakmuran kita sendiri,” katanya.

Beliau berkata pameran itu turut menyampaikan satu mesej yang penting iaitu tanpa perpaduan, sememangnya sukar untuk membina kekuatan yang boleh dibanggakan dan untuk kita membina Malaysia yang kukuh, makmur dan berdaulat.

Mengambil contoh daripada buku pertama beliau, ‘Weathering the Economic Storm’, Tengku Zafrul berkata antara mesej utama dalam buku itu ialah mengenai pendekatan 3R – Responsive (Responsif), Responsible (Bertanggungjawab) dan Reformist (Reformis).



“Kerajaan yang baik perlu ‘Responsif’ kepada keperluan semua rakyat – jururawat, guru, artis dan lain-lain – membolehkan setiap daripada kami membantu mencapai visi MADANI negara dengan cara kita yang tersendiri.

“Ini mesti sentiasa disertai dengan keperluan kepada ‘Bertanggungjawab’ – dan melaksanakan perkara yang betul untuk memenuhi impian, aspirasi dan potensi rakyat. Akhir sekali, kita juga perlu jadi ‘Reformis’ untuk memastikan Malaysia terus maju untuk generasi akan datang,” katanya.

MITI berperanan bina perpaduan negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button