Dua angkasawan terkandas di angkasa akan pulang Februari 2025

Dua angkasawan terkandas di angkasa akan pulang Februari 2025

Dua angkasawan terkandas di angkasa akan pulang Februari 2025
BUTCH Wilmore (kanan) dan Sunita Williams (kiri). FOTO fail AFP

Washington: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) pada Sabtu memutuskan untuk membawa pulang kapal angkasa Starliner milik Boeing ke bumi pada September, manakala dua angkasawan yang terkandas akan kekal di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sehingga Februari 2025.

BBC melaporkan, Nasa berkata, Starliner yang dinaiki angkasawan Sunita Williams dan Barry Wilmore ke ISS, akan kembali ke bumi tetapi “tidak berkru”.

Pasangan itu memulakan apa yang dirancang untuk menjadi misi lapan hari pada 5 Jun lalu, tetapi kini akan menghabiskan masa kira-kira lapan bulan di orbit.



Starliner mengalami masalah dalam perjalanan ke ISS, termasuk kebocoran helium, yang mendorong bahan api ke dalam sistem pendorong. Beberapa pendorong juga tidak berfungsi dengan baik.

Boeing dan SpaceX kedua-duanya dianugerahkan kontrak bernilai bilion dolar Amerika Syarikat (AS) oleh Nasa bagi menyediakan penerbangan angkasa lepas komersial untuk angkasawannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.




Kontrak Boeing bernilai AS$4.2 bilion (kira-kira RM18.4 bilion), manakala SpaceX yang diasaskan jutawan Elon Musk memperoleh kontrak bernilai AS$2.6 bilion (kira-kira RM11.4 bilion).

SpaceX setakat ini sudah menghantar sembilan penerbangan berkru ke angkasa untuk Nasa serta beberapa misi komersial, tetapi ini adalah percubaan pertama Boeing membabitkan misi dengan kru.

Jurutera di Boeing dan Nasa sudah menghabiskan masa berbulan-bulan cuba memahami isu teknikal dengan kapal Starliner.



Bercakap pada sidang akhbar pada Sabtu, Pentadbir Nasa, Bill Nelson berkata, Boeing bekerjasama rapat dengan Nasa untuk memahami apa penambahbaikan yang perlu dilakukan pada kapal angkasa itu.

“Penerbangan angkasa lepas adalah berisiko walaupun pada tahap paling selamat dan paling rutin,” katanya.

Keputusan dibuat untuk melanjutkan tempoh dua angkasawan itu di ISS sehingga Februari 2025, supaya mereka boleh kembali ke bumi dengan menaiki kapal angkasa SpaceX, Crew Dragon.

Dua angkasawan terkandas di angkasa akan pulang Februari 2025




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button