Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
Pengerusi Perikatan Nasional merangkap Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin akan didakwa di Mahkamah Gua Musang.
Proses pendakwaan Muhyiddin akan dibuat di mahkamah tersebut hari ini.
Pendakwaan dibuat berdasarkan ucapan beliau yang menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Muhyiddin dijangka akan berhadapan dengan pendakwaan kesalahan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi & Media 1998.
Berita mengenai pendakwaan ke atas Muhyiddin telah disahkan oleh Pengerusi PPBM Kelantan, Kamaruddin Md Noor.
“Ya, Muhyiddin akan didakwa esok di Mahkamah Gua Musang berhubung ceramahnya di PRK Nenggiri baru-baru ini,” jelas beliau.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, sebelum ini berkata, kertas siasatan ucapan Muhyiddin sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Pihak polis sudah mengambil keterangan 66 saksi bagi membantu siasatan.
Sekiranya sabit kesalahan Muhyiddin boleh didenda hingga RM2,000 ATAU 18 bulan penjara ATAU kedua-duanya sekali.
Kita yakin, Muhyiddin tidak akan menghadapi masalah untuk membayar denda sekiranya sabit kesalahan.
Apa yang sangat kita kesali adalah, walau pun Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim sudah menzahirkan kemurkaan, namun Muhyiddin masih pertahankan kenyataan beliau.
Ini bukan persoalan siapa betul dan siapa salah.
Ini adalah persoalan adab dan hormat kita kepada Institusi Raja Raja Melayu.
Walau pun Institusi Raja Raja Melayu masih tertakluk dengan perlembagaan, namun Institusi Raja Raja Melayu berada di atas politik.
Adalah tidak wajar dan menjadi kebiadapan bagi sesiapa sahaja terutamanya ahli politik untuk mengheret institusi tersebut di dalam perbalahan politik.
Kita tidak faham mengapa Muhyiddin masih tidak mahu meminta maaf sebagai rasa hormat kepada Institusi Raja Raja Melayu.
Bukankah prinsip kedua Rukun Negara menekankan kepada Kesetiaan Kepada Raja & Negara?
Serta bukankah perlembagaan PPBM menyatakan kesetiaan kepada Raja Raja Melayu serta mempertahankannya?
Di mana asasnya dakwaan Perikatan Nasional dan PPBM untuk membela nasib bangsa Melayu sekiranya Raja Raja Melayu tidak dihormati?
Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
Di Syorkan Untuk Anda:
- Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?
- Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah
- Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16