Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
Oleh Adam Malik
Tidak berupaya jatuhkan kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
Kerja Tun Mahathir semenjak tidak jadi Perdana Menteri adalah cari kesalahan kerajaan lalu mencipta isu untuk menjatuhkan nya.
Itu lah kerja dan matlamat Mahathir sekian lama.
Tiada kerajaan atau Perdana Menteri yang Mahathir tidak ganggu selama ini , melainkan kerajaan atau Perdana Menteri yang patuh kepada nya seperti Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri.
Kenyataan terbaru Mahathir bahawa “Malaysia belum Merdeka masih dijajah oleh kerajaan” adalah kerana kecewa tidak dapat menjatuhkan kerajaan untuk diganti dengan kerajaan yang patuh kepada nya.
Maksud Merdeka kepada Mahathir adalah bebas beri kenyataan yang membuat situasi negara dalam ketegangan dan huru hara.
Mahathir kata tidak boleh bersuara tentang 3R sebagai kekangan dan sekatan sebagai masih dijajah dan belum Merdeka.
Sedangkan sesiapa pun boleh beri pendapai dan menyuarakan pandangan berkenaan 3R asalkan ianya dalam bentuk pendapat dan pandangan.
Namun, menghina dan mengutuk bukanlah bersuara tetapi lebih kepada menghasut.
Mahathir amat terkenal dengan permainan 3R nya sekian lama.
Apabila mahu menjatuhkan parti orang Melayu UMNO , Mahathir menggunakan DAP dan kini apabila mahu menjatuhkan kerajaan Perpaduan yang ada DAP ,Mahathir menggunakan Agenda Melayu pula.
Itu lah Mahathir.
Sebenarnya Mahathir sudah bertemu jalan buntu untuk menjatuhkan kerajaan Perpaduan @ MADANI.
Hari ini Pelbagai tindakan belakang tabir digunakan oleh Mahathir dan Muhyiddin untuk menukar kerajaan tapi temu kegagalan.
Mahathir dan Muhyiddin ada beberapa kes mahkamah.
Maka atas kekecewaan ini akibatkan Mahathir bersuara konon nya Malaysia masih belum Merdeka dan masih dijajah oleh kerajaan.
Rakyat dan orang UMNO khususnya masih belum lupa bagaimana ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri kali kedua dengan berkerjasama dengan DAP telah menekan pemimpin UMNO dengan menzalimi dan menganiyai pemimpin mereka dengan pelbagai dakwaan palsu.
Peluang sebagai menjadi Perdana Menteri kali kedua tidak diambil untuk membina negara sebalik nya diambil kesempatan untuk anaya musuh politik, menjual harta negara , menambah hutang dan menyerah pulau kepada negara jiran.
Kini rakyat merasa lega kerana tidak lama lagi pada pertengahan bulan September Mahathir dan keluarga perlu istyiar harta kepada SPRM yang tertangguh selama hampir Enam bulan.
Sambil itu laporan RCI Pulau Batu Puteh juga akan dirunding untuk didedah kan kepada umum.
Sehingga hari ini Mahathir masih bebas menulis dan akhbar sentiasa beri ruang siaran kepada pendapat Mahathir.
Bahkan Mahathir masih boleh membuat press conference pada bila bila masa sahaja yang dimahu oleh nya.
Asalkan bukan hasutan berkenaan 3R dimana bukan sahaja Mahathir, bahkan sesiapa pun tidak dibenarkan
Yang belum Merdeka Mahathir sahaja, kerana rakyat sudah Merdeka kerana maksud Merdeka kepada Mahathir ada lah bebas jatuhkan kerajaan tidak ikut jadual pilihanraya lima tahun sekali.