Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan

 

Dalam Persidangan Agung UMNO 2024, ada cadangan daripada Puteri UMNO yang meminta dinaikkan had umur keahlian sayap itu dari 35 ke 40 tahun.

Tetapi ianya tidak diterima oleh ramai perwakilan yang hadir ke persidangan tersebut.



Kita faham dengan kehendak Puteri UMNO yang hendak naikkan had umur itu ada kaitan dengan isu pencalonan masa pilihanraya.

Tetapi sebagai orang politik, tidak kira tua atau pun muda, kepentingan parti mesti mendahului kepentingan peribadi.

Tanpa parti, akan berkuburlah karier politik seseorang pemimpin tersebut.

Sekiranya umur Puteri dinikkan ke 40 tahun, ia akan lambatkan transisi Puteri ke Wanita.



Serta mewujudkan pertindihan peranan Wanita dan Puteri sebagai pipeline bakat baru Wanita.

Kelemahan Wanita UMNO selama ini adalah kelemahan untuk mewujudkan pelapis Wanita yang berpendidikan tinggi.

Di sinilah Puteri memainkan peranan yang cukup penting untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Dalam demografi serta populasi pengundi, majoriti mereka merupakan remaja wanita.



Puteri UMNO adalah golongan yang paling sesuai untuk menghampiri mereka berdasarkan persamaan umur.

Sepatutnya had umur Puteri diturunkan kepada 16 tahun dan bukannya dicadang untuk dinaikkan ke 40 tahun.

Ia supaya senang mendidik dan memberi kesedaran politik kepada mereka bila sudah layak mengundi pada umur 18 tahun.

Agak sukar Wanita UMNO yang sudah pangkat makcik-makcik untuk mendekati golongan pengundi yang terdiri dari orang muda.



Sekiranya dihantar Pemuda UMNO pula untuk mendekati mereka, dibimbangi nanti timbul banyak fitnah atau kebejatan sosial.

Sayap Puteri ini adalah pelapis kepada Wanita UMNO.

Atau bakal-bakal calon berpotensi bila sudah sampai umur dan masanya.

Jadi biarlah Puteri jadi medan latihan untuk kelak jadi calon bila sudah melepasi had umur dan diserapkan ke Wanita.



Dahulukan kepentingan parti dari kepentingan peribadi.

Elakkan UMNO dari dipandang sebagai parti yang mempunyai sayap Wanita muda tetapi Puteri tua.

 

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button