Remaja OKU lembam diperkosa kenalan Litmatch

Oleh – Syeikh Baran


Remaja OKU lembam diperkosa kenalan Litmatch

Seorang lelaki tempatan diberkas polis apabila dipercayai memperkosa remaja perempuan kelainan upaya (OKU) intelektual berusia 16 tahun di kediaman Taman Saga, di sini, 17 Ogos lalu.



Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, suspek berusia 24 tahun merupakan kenalan mangsa di aplikasi Litmatch.

“Ibu mangsa, 36, telah bertanyakan kepada mangsa mengenai televisyen litar tertutup (CCTV) yang tidak berfungsi di ruang tamu.

“Mangsa yang tidak bersekolah itu memaklumkan suspek telah datang ke rumah dan telah memperkosanya tanpa kerelaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan, CCTV telah dicabut oleh mangsa ketika membenarkan suspek masuk ke dalam rumah.



Susulan perkara itu, polis menahan suspek di kediaman Subang, di sini, pada pukul 10 malam Rabu lalu.

“Suspek yang bekerja sebagai buruh didapati negatif dadah.

“Suspek yang direman selama lima hari bermula 22 Ogos sehingga hari ini akan disambung reman bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button