Tempoh reman lelaki kelar isteri, dua anak disambung tujuh hari

Oleh – Syeikh Baran


Tempoh reman lelaki kelar isteri, dua anak disambung tujuh hari

Tempoh reman lelaki etnik Rohingya yang disyaki membunuh isteri dan dua anaknya di sebuah bangunan terbiar di Lebuh Raya Sultan Abdul Halim, di sini pada minggu lalu disambung tujuh hari lagi sehingga 2 September depan.



Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nur Syifa Mohd. Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini

Siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Akhbar sebelum ini melaporkan perbuatan kejam suspek mengelar leher isterinya berusia 34 tahun dan dua anak sehingga mati dengan menggunakan sebilah parang di bangunan terbiar pada 18 Ogos lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button