Saya hanya pertikai nama ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty’ – Tun M

Oleh – Syeikh Baran


Saya hanya pertikai nama ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty’ – Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mmeberitahu beliau hanya mempertikai ucapan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Mesyuarat UMNO Bahagian di Kelana Jaya pada 30 Julai 2017 lalu, yang menyentuh namanya dirujuk sebagai ‘Mahathir anak lelaki (a/l) Iskandar Kutty’.



Semasa prosiding, ketika menjawab soalan peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili Ahmad Zahid, Mahathir berkata, sudah menjadi hak mana-mana pihak untuk menulis apa sahaja, namun yang dipersoalkan ialah kenyataan merujuknya dengan nama lain.

Mohamed Shahrul: Adakah Tun (Mahathir) tahu bahawa, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid selaku defendan ada memberitahu perkara lain dalam mesyuarat itu?

Mahathir: Saya tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan, namun isu yang saya ketengahkan ialah perkataan-perkataan yang disebut oleh defendan, malah ia didengar orang termasuk di seluruh dunia.

Terdahulu pada prosiding pagi, Mahathir menegaskan bahawa namanya adalah Mahathir Bin Mohamad dan bukan Mahathir a/l (anak lelaki) Iskandar Kutty seperti yang didakwa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Malah, bekas perdana menteri itu turut memaklumkan beliau adalah seorang Melayu dan beragama Islam sejak lahir.



Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong bersambung lagi esok.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button