Dibenci di Man. United, bersinar di Perancis
Dibenci di Man. United, bersinar di Perancis
MARSEILLE – Penyerang buangan Manchester United, Mason Greenwood terus mencipta impak hebat di bumi Perancis apabila kali ini menyelamatkan maruah pasukannya dengan gol penyamaan 2-2 ke atas Reims pada aksi Ligue 1 awal pagi tadi.
Greenwood, 22, seakan kembali menikmati permainan terbaiknya sejak berhijrah secara tetap dengan yuran perpindahan bernilai €31.6 juta (RM153.60 juta) menerusi kontrak lima tahun daripada United awal bulan lalu.
Apa tidaknya, bekas bintang muda England itu kini sudah meledak tiga gol daripada dua perlawanan Ligue 1 selepas merakam dua jaringan ketika membelasah Stade Brestois dalam aksi pembukaan liga minggu lalu.
Ia sekali gus menyaksikan Greenwood yang kini bersedia menukar kerakyatan England kepada Jamaica, menjadi pemain Marseille pertama menjaringkan tiga gol dalam dua aksi sejak Dimitri Payet melakukannya pada 2013.
Begitupun, kecemerlangan prestasi Greenwood masih tidak menggembirakan jurulatih Marseille, Roberto De Zerbi yang mengakui kecewa kerana mereka gagal meraih tiga mata dalam aksi itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah
- Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16
- Landskap politik Melayu sudah berubah, kini muncul politik Toksid”- Muhamad Hasan
Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?
“Sangat kecewa dan terkilan dengan keputusan ini. Saya minta maaf kerana sepatutnya kami membawa pulang tiga mata daripada aksi pertama di Stade Velodrome ini.
“Saya memikul tanggungjawab ini kerana saya merasakan kami telah mengecewakan para penyokong yang hadir menyaksikan aksi di laman sendiri,” kata De Zerbi.
Marseille kini menduduki tangga kelima dan berpeluang memperbaiki kedudukan itu apabila bertandang ke Toulouse untuk aksi ketiga pada Ahad ini. – AGENSI
Dibenci di Man. United, bersinar di Perancis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
- Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :