Adira Suhaimi : Cukup saya saja faham
Adira Suhaimi : Cukup saya saja faham
MESKIPUN tidak mahu lagi terpalit kisah sensasi dan gosip, namun nama penyanyi, Adira Suhaimi, 32, agak ‘hangat’ di media sosial sejak beberapa bulan ini ia susulan isu perceraian dengan bekas suaminya, Datuk Red.
Pada 24 April lalu, Adira yang juga ibu empat cahaya mata sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang selepas sembilan tahun hidup bersama dengan bekas suaminya itu.
Bagaimanapun, Adira kini difahamkan menjalin semula ‘ikatan kasih’ bersama Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu, 47, serta merancang bernikah semula.
Namun, timbul pula cakap-cakap kurang manis membabitkan ‘duda dan janda’ ini yang disifatkan cuba mempermain institusi rumah tangga, suka-suka bercerai serta mempunyai agenda tertentu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bukan Negara Belum Merdeka Tapi Fikiran Mahathir Yang Terus Di Jajah
- Mampukah UMNO Bergerak Solo Dalam PRU 16
- Landskap politik Melayu sudah berubah, kini muncul politik Toksid”- Muhamad Hasan
Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?
“Saya tahu memang ada orang cakap dan komen macam itu (suka-suka bercerai), tetapi yang lalui semuanya adalah saya. Jadi, mereka boleh kata begitu sebab tidak tahu apa-apa dan saya tak marah pun.
“Biarkanlah mereka kerana apa yang sebenarnya, saya sendiri tidak pernah terfikir untuk ‘bermain-main’ dengan perceraian. Lagi pula, mereka yang bercakap itu tidak duduk di dalam ‘kasut’ saya. Tapi, Allah tahu segalanya.
“Apa yang terjadi dalam perhubungan rapat saya dengan Abang Red (sapaan mesra Datuk Red kini) berlaku selepas habis idah, itulah dia dan saya bukan pun nak buat ‘prank’,” katanya berbicara lanjut.
Menurut wanita kelahiran Sabah ini, dia juga berasakan wajar dan layak untuk bekas suaminya itu diberikan peluang kedua di atas sebab-sebab tertentu yang tidak perlu didedahkan dan cukup hanya mereka yang tahu.
“Saya dan Abang Red memang ada berbincang mengenai perkara ini (peluang kedua) dan kami sama-sama mahu mencuba semula selepas mengambil kira beberapa perkara. Tapi, saya tak mahulah kongsi apa yang sudah dibincangkan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.
- Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD
- Nama Bossku Semakin Terpinggir Dalam PAU
PAS kelirukan umat Islam, menjadi tugas UMNO untuk perbetulkan – Wan Rosdy.
“Ia terlalu peribadi bagi kami. Cukuplah saya dan Abang Red saja faham. Bagaimanapun, apa yang kami rancang itu (rujuk semula) hanya Allah yang akan menentukannya. Kalau takdir tertulis, kami masih ada jodoh lagi, insyaAllah akan ada.
“Saya mohon doakan baik-baik buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, apapun anak-anak faham dan mereka okay saja sekiranya kami mahu rujuk, tapi semua ini (bernikah) bukanlah dalam masa terdekat,” kata Adira ketika hadir pada sidang media drama dalam talian, Jangan Tinggal Abang Dek! yang dibintanginya bersama Datuk Adi Putra sebagai watak utama di ibu kota, baru-baru ini.
Adira dan Datuk Red sebelum ini berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat anak iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.
‘Kisah Lama’ Terbuka Semula Kembali semula ke dalam bidang lakonan yang sudah lama ditinggalkan, Adira berkata dia teruja mendapat peluang itu daripada pengarah, penerbit dan penulis skrip berpengalaman, Erma Fatima.
Menurut Adira, ditambah genre drama yang menarik iaitu komedi romantik dan jalan cerita mengenai wanita berhadapan sikap suami mata keranjang yang tak boleh lihat wanita cantik, membuatkan dia ingin mencuba
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Orang Muhyiddin cuba alihkan isu biadap terhadap YDPA kepada isu SD
“Saya gembira dapat berlakon semula dan sudah fikir semasak-masaknya. Apatah lagi, anak-anak juga sudah besar dan ada ahli keluarga serta pembantu di rumah untuk menjaga mereka ketika saya keluar bekerja,” katanya.
Ditanya juga kebimbangannya terhadap ‘cerita lama’ dirinya akan terbuka semula rentetan era pengaruh media sosial sekarang, Adira berkata, dia sudah bersedia kerana faham ia perkara yang tidak boleh dikawal.
“Macam saya katakan, kalau mereka (netizen) nak kata saya pernah ‘menyondol’ ke atau apa-apa saja, terpulanglah. Saya tahu, itu kisah silam saya dan semua orang pun mesti pernah buat silap.
“Saya bukan orang baik dan saya juga bukanlah jahat pun. Tapi, dalam kehidupan ini, semua daripada kita ada membuat kesilapan dan begitu juga saya. Kita semua tidak ada yang sempurna,” katanya.
Selain Adira dan Adi, pelakon lain yang membintangi drama Jangan Tinggal Abang Dek! yang diarahkan Amor Rizan ini ialah Fathia Latiff, Nabila Huda, Elly Mazlein, Alya Iman dan ramai lagi.
Drama dihasilkan sebanyak 10 episod itu akan disiarkan kepada penonton di aplikasi TikTok dan Instagram (IG) Karya TV pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dengan durasi tayangan selama tiga minit.
Adira Suhaimi : Cukup saya saja faham
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
- Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :