Korea Selatan rekod 11 kes Mpox

Korea Selatan rekod 11 kes Mpox

Korea Selatan rekod 11 kes Mpox
FOTO ilustrasi. FOTO Reuters

Seoul: Sebanyak 11 kes mpox dilaporkan di Korea Selatan setakat ini, namun semua kes yang dikesan adalah varian Clade II yang kurang berbahaya, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pihak berkuasa kesihatan.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) pada Isnin memaklumkan bahawa pihaknya mempertingkatkan saringan di sempadan untuk menghadapi kemungkinan kemunculan varian baharu yang lebih berbahaya.

Korea Selatan melaporkan 151 kes mpox pada tahun lalu.



Kebanyakan pesakit adalah lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun di kawasan metropolitan Seoul.

“Memandangkan mpox adalah penyakit yang boleh dicegah dan dirawat, kami percaya bahawa wabak ini boleh dikendalikan dengan stabil di bawah sistem semasa,” menurut KDCA.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agenda Bebaskan Najib: Retorik Dalam Keikhlasan Atau Keikhlasan Dalam Retorik?




Awal bulan ini, KDCA memutuskan untuk menetapkan semula mpox sebagai penyakit berjangkit yang tertakluk kepada pemeriksaan sempadan.

Pelancong yang tiba dari lapan negara Afrika iaitu Rwanda, Burundi, Uganda, Habsyah, Republik Afrika Tengah, Kenya, Congo dan Republik Congo dikehendaki melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengalami gejala yang berkaitan dengan mpox seperti demam, sakit otot dan pembengkakan kelenjar limfa.

Korea Selatan rekod 11 kes Mpox


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button