PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
Parti PPBM ditubuhkan kononnya untuk menggantikan UMNO yang mereka dakwa telah tersasar dari perjuangan memertabatkan bangsa Melayu.
Sekiranya dibuat perbandingan antara Perlembagaan PPBM dengan Perlembagaan UMNO, tidak banyak bezanya.
Dasar perjuangan parti PPBM juga tidak banyak bezanya dengan dasar perjuangan UMNO.
Sekiranya dalam Perlembagaan UMNO menyebut akan mempertahankan kedaulatan Institusi Raja Raja Melayu, PPBM juga mempunyai frasa yang sama dalam perlembagaan mereka.
Ianya tercatat dengan jelas dalam Fasal 6.3 Perlembagaan PPBM.
Tetapi apa yang berlaku kebelakangan ini adalah dalil yang cukup jelas, pemimpin PPBM sebenarnya tidak menghormati Institusi Raja Melayu.
Ucapan Muhyiddin ketika berkempen di pilihan raya kecil DUN Nenggiri telah menimbulkan kemurkaan Istana Pahang.
Secara sedar Muhyiddin telah mempersendakan kebijaksanaan Al Sultan Abdullah yang ketika itu adalah YDP Agong dalam proses pelantikan perdana menteri.
Admin tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu tersebut, kerana Muhyiddin akan didakwa di mahkamah hari ini.
Apa yang sangat dikesali adalah sikap beberapa pemimpin PPBM yang masih mempertahankan ucapan Muhyiddin.
Timbalan Presiden PPBM, Ahmad Faizal Azumu (Peja), telah mempertikaikan tindakan mendakwa Muhyiddin di mahkamah.
Menurut Peja, tiada asas untuk mendakwa Presiden PPBM di mahkamah berkaitan isu tersebut.
Peja mendakwa, ucapan Muhyiddin disampaikan secara beralas dan tidak mempunyai unsur provokasi terhadap Raja Raja Melayu.
“Muhyiddin di dalam ucapannya secara jelas menyebut bahawa beliau tidak mahu mengatakan apa-apa perkara buruk terhadap raja.”
“Malah beliau menyebut tidak mengapalah.”
“Ini membuktikan bahawa ucapan beliau tidak bertujuan menghasut rakyat terhadap raja,” dakwa Peja.
Kedaulatan Raja Raja Melayu Mesti Di Pelihara
Penjajah British sendiri memahami betapa pentingnya mempertahankan kedaulatan Institusi Raja Raja Melayu.
Mengapa tidak kita yang menjadi rakyat kepada Raja Raja Melayu?
Sekiranya hari ini kita membiarkan orang mempersendakan raja kita, mungkin esok kita tidak akan mampu melakukan apa-apa bila mereka menderhaka.
Bila sudah terhakis perasaan hormat kepada Raja Raja Melayu, itulah tanda sudah terhakis jati diri kita sebagai bangsa Melayu.
Jadi, di mana asasnya perjuangan parti PPBM yang kononnya akan menjunjung kedaulatan Institusi Raja Raja Melayu.
Atau pemimpin PPBM ibarat burung kakak tua yang petah berkata-kata tetapi tidak memahami apa yang dituturkan.
PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang