Didie Alias Ziarah Mak Jah [VIDEO]

Buatkan Netizen Sebak! “Rindu Nak Lihat Beliau Berlakon”

Didie Alias Ziarah Mak Jah [VIDEO]

Didie Alias Ziarah Mak Jah [VIDEO]

Siapa yang tidak kenal dengan Selebriti Versatil iaitu Fadzilah binti Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Didie Alias yang merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia.

Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 1991. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca TV. Penglibatan Didie dalam dunia lakonan bermula selepas beliau menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Didie pernah menyertai peringkat bulanan pemilihan Dewi Remaja pada tahun 1990.



Beliau kemudian dilamar oleh Berjaya Filem untuk membintangi filem arahan Hussein Abu Hassan berjudul Kanta Serigala bergandingan bersama Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Wajah Didie yang mirip Pan-Asian nyata berjaya menarik perhatian ramai.

“Kami Rindu Lakonan Mak Jah, Semoga Sihat Selalu”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Didie Alias yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 91 ribu dan sebanyak 622 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Didie Alia yang menziarahi rakan seperjuangannya dalam industri seni iaitu Mak Jah atau nama sebenarnya Maimunah Ahmad yang kini berusia 76 tahun.

@didie.alias



Sahabat Selamanya, MakJah❤️#didiealias #fyp #foryou #foryourpage #fypp #fypage #foryourpage

♬ Hatiku Milikmu – Yulfa Zhafarya🌻

Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Mak jah adalah insan seni yang pernah menghiasi kehidupan mereka menerusi drama-drama lakonannya yang mencuit hati.

Tambah mereka lagi,Mak Jah merupakan pelakon veteran yang berpengalaman yang dapat membawakan segala jenis watak dengan jayanya tidak kira sama ada lucu, sedih mahupun serius.



Apa-apa pun, semoga Mak Jah diberikan kesihatan yang baik. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Didie Alias Ziarah Mak Jah [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button