Mayat rentung berhampiran KTM Serdang disyaki warga Indonesia

Oleh – Syeikh Baran


Mayat rentung berhampiran KTM Serdang disyaki warga Indonesia

Polis mengesyaki mayat lelaki ditemui dalam keadaan rentung berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, di sini, merupakan lelaki warga asing.



Ia berikutan pihak polis menemui dokumen peribadi yang pemiliknya bernama Udikalifan, 43, berasal dari Indonesia berhampiran lokasi mayat ditemui.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 11.45 tengah hari tadi.

Katanya, seorang wanita tempatan terjumpa mayat yang tidak dikenal pasti dipercayai telah terbakar di dalam semak.

“Siasatan awal mendapati dokumen peribadi mangsa berada di lokasi kejadian dan lelaki itu dalam keadaan terbakar namun tidak rentung sepenuhnya.



“Mayat dihantar ke Hospital untuk bedah siasat dan mendapatkan punca kematian serta pengesahan identiti selengkapnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Orang Hilang (OH) diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

“Polis masih menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah dalam kejadian ini,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan rentung di badan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, di sini, hari ini.



Menurut saksi kejadian, Husna, 34, mayat tersebut dilihat di bawah sebatang pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama suaminya, pagi tadi.

Tambahnya, kelibat seakan manusia itu disedarinya sebelum memberitahu suami untuk memeriksa terlebih dahulu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button