Mayat lelaki rentung ditemukan berhampiran KTM Serdang

Oleh – Syeikh Baran


Mayat lelaki rentung ditemukan berhampiran KTM Serdang

Mayat seorang lelaki ditemui dengan kesan rentung di seluruh badan berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, di sini, hari ini.



Menurut saksi kejadian, Husna, 34, mayat tersebut dilihat di bawah sebatang pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama suaminya, pagi tadi.

Tambahnya, kelibat seakan manusia itu disedarinya sebelum memberitahu suami untuk memeriksa terlebih dahulu.

“Kami menunggang motosikal dari kedai mamak dan dalam perjalanan pulang ke rumah lalu ternampak sesuatu yang kelihatan seperti mayat manusia.

“Saya beritahu pada suami tetapi suami kata tak mungkinlah, jadi suami pun pusing untuk tengok lagi sekali untuk lihat lebih dekat.



“Terkejut saya apabila melihat objek itu sebenarnya memang mayat seseorang, semasa saya jumpa itu dia sudah tidak bergerak dan saya pun terus ke balai polis buat laporan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam kira-kira pukul 12.35 tengah hari tadi.

“Mangsa dipercayai lelaki, laporan diterima daripada orang awam. Nanti saya akan kongsikan kenyataan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button