‘Kau buat apa dekat anak buah aku?’

Oleh – Syeikh Baran


‘Kau buat apa dekat anak buah aku?’

Sepasang suami isteri yang disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan sehingga meninggal dunia di sebuah pangsapuri, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.



Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh iaitu Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan Norfazira Radzi, 30, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Mangsa merupakan anak anak tiri kepada Mohamed Zulhelmy dan anak kandung Norfazira.

Pengakuan tidak direkodkan kerana kes bunuh itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Zulhelmy dan Norfazira didakwa bersama-sama membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize, 8, di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Puteri Rawang di sini antara pukul 11.51 pagi hingga 3.51 petang pada 17 Ogos lalu.



Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Izariah Zainal manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Oktober ini bagi sebutan semula kes dan laporan kimia dan bedah siasat.

Sementara itu, hasil tinjauan Kosmo! di lokasi, suasana sekitar pekarangan Mahkamah Selayang kecoh apabila ahli keluarga kanak-kanak tersebut gagal mengawal perasaan sebaik melihat kedua-dua tertuduh dibawa pihak polis.



Seorang lelaki dipercayai bapa saudara Nur Anissa Afiera yang gagal menahan perasaan menjerit ‘Kau buat apa dekat anak buah aku?.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button