Gadis pakai seragam sekolah merokok demi ‘content’
Oleh – Syeikh Baran
Perbuatan dua pelajar perempuan selamba merokok sambil merakam diri sendiri demi kandungan di laman sosial mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ntt.update, salah seorang gadis yang mengenakan seragam sekolah itu membuat ‘lip sync’ atau gerak bibir.
Dia kemudian menunjukkan dirinya menghisap rokok, seolah-olah ‘bangga’ dengan perbuatan tersebut.
Rakannya yang juga memakai seragam sekolah turut melakukan perkara sama.
Tidak lama kemudian, kedua-dua mereka dipanggil oleh pihak sekolah untuk menerima hukuman atas kesalahan menghisap rokok.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Sebenarnya ramai gadis yang seperti ini,” sindir seorang netizen.
“Tak sanggup membaca komen, apakah anda sudah merasa lebih baik? Padahal ‘beliau’ ini sedang berusaha keras untuk membuat keluarganya malu,” sindir netizen lain. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE