Kerap makan kari berisiko mati pucuk

Oleh – Syeikh Baran


Kerap makan kari berisiko mati pucuk

Pakar-pakar urologi mengeluarkan amaran terhadap kaum lelaki yang makan hidangan pedas seperti kari tiga kali seminggu atau pun lebih kerap, lapor portal berita Daily Star semalam.



Ini kerana kata mereka, perbuatan tersebut boleh menyebabkan risiko mati pucuk meningkat tiga kali ganda.

Kumpulan pakar urologi Universiti China Selatan  berkata: “Kajian kami menunjukkan pengambilan makanan pedas secara kerap boleh meningkatkan risiko mati pucuk terutamanya  dalam kalangan bukan perokok.

“Semakin tinggi kekerapan makan makanan pedas, semakin tinggi untuk lelaki berisiko (mati pucuk), katanya.

Perunding urologi Klinik Harley Street, London,  Profesor Raj Persad pula menambah: “Mereka yang makan lebih banyak makanan pedas mungkin lebih cenderung menghidap diabetes atau Indeks Jisim Badan (BMI) tinggi.



“Kedua-dua keadaan ini boleh dikaitkan dengan mati pucuk,” katanya.

Saintis – saintis percaya bahawa rempah pedas dalam diet meningkatkan risiko mati pucuk kerana ia boleh menurunkan kadar testosteron.

Mereka yang makan makanan pedas  berempah seperti kari selama tujuh hari seminggu didapati mempunyai 12 peratus kurang hormon testosteron berbanding individu yang tidak memakannya. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button