Skuad B-19 negara ‘berkampung’ di China

Skuad B-19 negara ‘berkampung’ di China

Skuad B-19 negara ‘berkampung’ di China
Kali terakhir skuad B-19 dikumpulkan ketika mengharungi kempen Piala ASEAN B-19 2024 di Indonesia bulan lalu.

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 (B-19) negara bakal bersaing dalam kejohanan empat penjuru di Changsha, China bermula 4 September depan sebagi persiapan mengharungi kelayakan Piala Asia B-20 2025 nanti.

Pasukan remaja Harimau Malaya akan terbang ke Changsha, China pada 31 Ogos dengan menjalani kem latihan pusat di sana sebelum menentang Uzbekistan B-21 pada 4 September depan.

Kemudian, skuad negara akan mengharungi dua lagi perlawanan bertemu China B-21 pada 7 September dan Vietnam B-21 pada 10 September nanti.



“Bagaimanapun sepanjang berada di China, skuad Harimau Malaya B-19 akan dikendalikan oleh dua penolong ketua jurulatih B-19 kebangsaan iaitu Noor Zaidi Rohmat dan Shukor Adan.

“Situasi ini kerana memandangka Juan Torres yang turut memegang jawatan sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan akan bersama skuad utama kendalian Pau Marti bagi mengharungi kempen Pestabola Merdeka minggu depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan




“Sekembalinya dari China, skuad Harimau Malaya B-19 akan menyambung kem latihan pusat di tanah air bersama Juan Torres dari 12 hingga 16 September.

“Kemudian, pasukan ini akan terbang ke Dushanbe, Tajikistan pada 17 September 2024 bagi menghadapi Kelayakan Piala Asia B-20 2025,” kata FAM dalam satu kenyataan.

Skuad B-19 negara akan bersaing dalam Kumpulan E dengan bertemu menentang Oman pada 21 September, Korea Utara (23 September), Tajikistan (27 September) dan Sri Lanka pada (29 September 2024).

10 pasukan selaku juara kumpulan bersama lima pasukan tempat kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir bersama tuan rumah, China untuk Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada 6 hingga 23 Februari 2025. – KOSMO! ONLINE



Skuad B-19 negara ‘berkampung’ di China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button