EPL: Man. United perlu ‘buang’ Rashford

EPL: Man. United perlu ‘buang’ Rashford

EPL: Man. United perlu ‘buang’ Rashford
RASHFORD gagal menghadirkan impak hebat dalam dua aksi pertama bersama United musim ini. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag digesa menggugurkan penyerang utamanya, Marcus Rashford disebabkan prestasi buruk menjelang aksi getir Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Old Trafford pada Ahad ini.

Berdasarkan prestasi semasa, United berisiko mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas mengejut 1-2 kepada Brighton pada Sabtu lalu berbanding Liverpool yang cemerlang memenangi dua aksi ketika ini.

Justeru, Ten Hag perlu berani membuat keputusan dengan meletakkan Rashford di bangku simpanan selepas penyerang berusia 26 tahun itu masih bergelut untuk menampilkan aksi terbaiknya.



Ketika menentang Brighton, Rashford dikeluarkan pada minit ke-65 dan digantikan oleh Alejandro Garnacho yang beraksi jauh lebih bagus selain turut menjaringkan gol sebelum ia dibatalkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bekas penyerang England, Darren Bent percaya Garnacho sepatutnya diberikan lebih peluang berdasarkan prestasinya menentang Fulham dan Brighton musim ini selain turut meledak gol ke atas Manchester City pada aksi Piala Perisai Komuniti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan



 

“Garnacho perlu mulakan perlawanan itu (menentang Liverpool) walaupun terpaksa gugurkan Rasford. Kalau saya diberi peluang, saya mahu melihat gandingan trio serangan Garnacho, (Amad) Diallo dan (Joshua) Zirkzee.

“Ten Hag tidak boleh selamanya melindungi Rashford. Beliau sudah memberikan cukup peluang untuk dia berjaya tetapi masih gagal. Berbeza dengan Garnacho yang masuk dan membawa perubahan cukup besar kepada pasukan,” katanya.

Sebagai rekod, United kini menduduki tangga ke-11 hasil kemenangan 1-0 ke atas Fulham pada aksi pembukaan, manakala Liverpool di kedudukan keempat EPL selepas menang 2-0 ke atas Ipswich Town dan Brentford. – AGENSI



EPL: Man. United perlu ‘buang’ Rashford

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button