Lelaki tertua di dunia rai ulang tahun ke-112
Lelaki tertua di dunia rai ulang tahun ke-112
Washington: Lelaki tertua di dunia menyambut hari lahirnya yang ke-112 pada Isnin di rumah penjagaan, tempat beliau tinggal di England, lapor United Press International (UPI).
John Alfred Tinniswood dilahirkan pada 26 Ogos 1912, lebih empat bulan selepas tenggelamnya kapal Titanic dan enam bulan selepas Arizona menjadi negeri Amerika Syarikat (AS).
Tinniswood dinobatkan sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records awal tahun ini dan kini meraikan hari lahirnya yang ke-112 di rumah penjagaannya di Southport.
“Sejujurnya, ia tidak menjejaskan saya dalam apa jua cara,” kata Tinniswood kepada Guinness World Records mengenai penganugerahan gelaran itu.
“Secara peribadi, ia tidak bermakna apa-apa.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perjuangan Keadilan Untuk Najib Mesti Di Lakukan Secara Berkesan Dan Berterusan
- Muhyiddin Di Dakwa Di Mahkamah Gua Musang
- Tidak berupaya tukar kerajaan bikin Mahathir dakwa Malaysia belum Merdeka.
“Sejujurnya, tiada perbezaan. Saya tidak merasakan usia itu, saya tidak teruja mengenainya. Mungkin sebab saya telah mencapainya. Saya hanya menganggapnya seperti perkara lain,” katanya.
Tinniswood berkata beliau tidak tahu rahsia di sebalik umurnya yang panjang.
“Saya tidak dapat fikirkan apa-apa rahsia istimewa yang saya ada. Saya agak aktif semasa muda. Saya banyak berjalan. Tetapi bagi saya, saya tidak berbeza. Sama sekali tidak berbeza,” katanya.
Lelaki tertua di dunia rai ulang tahun ke-112
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Mahu Didik Rakyat Supaya Derhaka?
- Permohonan Daim Untuk Tukar Hakim Di Tolak
- Kes Muhyiddin adalah kes menghina Uli Amri dan bukan kes SD
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :