Muhyiddin sepatutnya berundur jika ada maruah.

Oleh Adam Malik.

Muhyiddin sepatut berundur jika ada maruah.

Terpalit dengan pelbagai kes seleweng dan rasuah, Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatut nya berundur dari politik.



Ditambah pula dengan kes terbaru 3R dimana ahli politik veteren seperti TSMY sendiri sepatut sudah faham, tetapi tetap melanggari nya kerana geram tidak dapat jadi Perdana Menteri.

Maka ini waktu yang sangat sesuai untuk TSMY berundur atau berehat sebentar.

Ketika Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi dikenakan dengan 87 kes yang direka terhadap nya, pandai pula Muhyiddin perguna pengkhianat UMNO atau digelar “Kluster Broker” mendesak Ahmad Zahid supaya berundur.

Namun, kini Muhyiddin sendiri terpalit pelbagai kes tiada pula pihak dalaman Perikatan Nasional atau pihak yang desak Ahmad Zahid berundur melakukan perkara yang sama terhadap TSMY.



Begitu tinggi tahap hipokrasi mereka termasuk parti berjenama Islam.

Muhyiddin juga gagal beri kerjasama untuk kerajaan mengesan menantu nya yang lari dari pendakwaan.

Ini kita faham, kerana jika menantu Muhyiddin didakwa pasti dia akan memetik nama Muhyiddin terpalit sama kerana menantu Muhyiddin tiada kuasa dalam kerajaan dan pasti melakukan kesalahan atas pengaruh dan kuasa Pak Mentua.

Menurut Ahli MKT UMNO DrPuad Zarkashi Muhyiddin tidak perlu beri alasan konon diri belum didapati bersalah dan tiada keperluan untuk berundur.



Dr Puad menambah kata, ini soal integriti dan alasan itu tidak perlu.

Begitu juga ketika Ahmad Zahid belum dijatuhi hukuman, tetap puak puak Muhyiddin dan Tun Mahathir desak Presiden UMNO supaya berundur.

Ini supaya seorang Presiden bertaraf talibarut kepada Muhyiddin dan Mahathir boleh dilantik lalu UMNO boleh dibawa sujud kepada Mahathir dan Muhyiddin.



Sudah sudah lah Muhyiddin dengan sifat kemaruk dan ketagih hendak jadi Perdana Menteri semata mata hendak “revoke” kes atau tutup penyelewengan.

Hentilah fikir tentang diri sehdiri, berjasa lah kepada negara dengan berundur atau letak jawatan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button