Mak dan anak ‘buat hal’, penerbangan tertangguh sejam

Mak dan anak ‘buat hal’, penerbangan tertangguh sejam

Mak dan anak 'buat hal', penerbangan tertangguh sejam
INSIDEN itu tular di media sosial. FOTO Agensi

Beijing: Seorang ibu di China mencetuskan kemarahan kerana membenarkan anaknya yang bising mengganggu penumpang lain dalam sebuah pesawat, dan masuk ke dalam kabin kelas pertama, hingga menyebabkan penerbangan itu tertangguh selama sejam.

South China Morning Post (SCMP) memetik The Paper melaporkan, insiden itu berlaku pada 15 Ogos ketika sebuah penerbangan domestik bersiap sedia untuk berlepas dari Chongqing di barat daya China.

Ketika itu, seorang kanak-kanak lelaki menangis dan mengadu kepada ibunya bahawa kerusi kelas ekonomi terlalu sempit, kemudian berdiri di lorong.



Si ibu pula tidak mengendahkan permintaan pramugari supaya anaknya itu kembali ke tempat duduk dan membenarkan kanak-kanak itu memasuki kabin kelas pertama.

“Ada tempat duduk kosong. Kenapa awak tidak benarkan kami duduk di sini?” kata wanita itu dalam video yang tular di media sosial China.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan




Beberapa pramugari cuba memujuk dua beranak itu untuk kembali ke tempat duduk mereka tetapi tidak diendahkan mereka.

Penumpang lain menjadi marah dan suara jelas kedengaran dalam video meminta dua beranak itu keluar dari pesawat.

Pesawat itu akhirnya berlepas sejam kemudian.

Tidak jelas sama ada wanita itu menerima hukuman atas kelakuannya dan nama syarikat penerbangan itu juga tidak didedahkan dalam laporan berkenaan.



Tingkah laku ibu itu mengundang kecaman di media sosial China.

“Penjara mempunyai banyak kekosongan. Dia boleh duduk di sana,” tulis seorang netizen.

“Bukan salah anak. Pendidikan oleh ibu bapa adalah isunya. Dia harus bertanggungjawab sepenuhnya atas kesulitan yang dialaminya kepada penumpang lain,” tulis seorang lagi netizen.

Mak dan anak ‘buat hal’, penerbangan tertangguh sejam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button