Penyampai berita Jepun hilang kerja selepas kritik bau badan lelaki

Penyampai berita Jepun hilang kerja selepas kritik bau badan lelaki

Penyampai berita Jepun hilang kerja selepas kritik bau badan lelaki
YURI Kawaguchi. FOTO Agensi

Tokyo: Seorang penyampai berita televisyen di Jepun, meletak jawatan selepas dikecam hebat apabila memuat naik hantaran di X, bahawa dia tidak tahan dengan bau badan lelaki dan mencadangkan mereka mandi lebih kerap.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, Yuri Kawaguchi, 29, yang terkenal dengan pandangan feminis dan bekerja sebagai pensyarah dalam latihan pencegahan gangguan.

Pada 8 Ogos, dia yang mempunyai 13,000 pengikut di X, menyuarakan kekecewaan terhadap kebersihan lelaki pada musim panas dan menasihati mereka untuk menggunakan deodoran dan mandi untuk kekal bersih.



“Saya benar-benar minta maaf jika ada situasi peribadi, tetapi bau lelaki pada musim panas atau bau badan orang yang tidak bersih, sangat tidak selesa.

“Saya mahu menjadi bersih, jadi saya mandi beberapa kali sehari, menggunakan kain lap penyegar, dan menggunakan deodoran sepanjang tahun. Saya rasa lebih ramai lelaki patut melakukan inii,” katanya menerusi hantaran itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan




Ciapan Kawaguchi, yang dilihat secara khusus menyasarkan lelaki, didakwa menyinggung perasaan ramai orang dan membawa kepada tuduhan diskriminasi jantina.

Isu itu mencetuskan kontroversi sehingga Kawaguchi terpaksa mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan meletak jawatan pada 11 Ogos.

Bagaimanapun, ia turut menyebabkan agensi yang mewakili wanita itu iaitu Voice, memutuskan untuk menamatkan kontraknya.

Dalam satu kenyataan pada 16 Ogos, Voice berkata, pihaknya menerima banyak aduan dan e-mel.



Bagaimanapun, tindakan syarikat itu dikecam oleh netizen Jepun sebagai terlalu melampau malah mencetuskan topik di X yang membantah pemecatan Kawaguchi.

Penyampai berita Jepun hilang kerja selepas kritik bau badan lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button