Telefon bimbit Barbie

Telefon bimbit Barbie

Telefon bimbit Barbie
TELEFON bimbit Barbie HMD. FOTO HMD

Stockholm: HMD Global, syarikat pengeluar telefon berjenama Nokia bekerjasama dengan pembuat mainan Mattel untuk melancarkan telefon bimbit Barbie HMD berwarna merah jambu dengan reka bentuk retro.

Telefon berharga 99 pound sterling (kira-kira RM568) itu boleh didapati di pasaran mulai Rabu ini.

Peranti itu membolehkan pengguna membuat panggilan dan menghantar teks, tetapi tidak memberikan akses kepada aplikasi media sosial.



Menurut syarikat berkenaan, papan kekunci merah jambu Barbie mempunyai reka bentuk tersembunyi yang memaparkan pokok palma, hati dan flamingo yang lampunya boleh menyala dalam gelap.

Ia juga susulan kejayaan filem Barbie tahun lalu. Filem dibintangi Margot Robbie itu meraih kutipan pecah panggung global mencecah AS$1.4 bilion (kira-kira RM6.08 bilion).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan




“Saya bayangkan sebilangan besar orang akan tergoda untuk membelinya demi keseronokan,” kata ketua penganalisis di firma penyelidikan CCS Insight, Ben Wood

Firma penyelidikan CCS Insight menganggarkan bahawa HMD boleh menjual lebih 400,000 telefon Barbie di United Kingdom (UK), di mana ia akan tersedia melalui Vodafone dan Argos.

HMD, firma Finland yang disokong oleh Google dan Qualcomm sebelum ini melancarkan beberapa telefon unik seperti keluaran semula model lama Nokia seperti 3210 dan 3310.

Telefon bimbit Barbie


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button