Penghantaran percuma tanpa had minimum

Penghantaran percuma tanpa had minimum

Penghantaran percuma tanpa had minimum
SHOPEE

Kuala Lumpur: Shopee meneruskan tawaran hebat dengan kempen 9.9 Hari Pembelian Hebat yang bermula sekarang hingga 13 September nanti.

Sepanjang kempen ini, pelanggan berpeluang menikmati penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum dan diskaun sehingga 90 peratus untuk pelbagai jenama dan produk.

Shopee turut menawarkan peluang memenangi ganjaran berganda melalui Shopee Live di mana seorang pemenang bertuah akan membawa pulang sebahagian daripada hadiah kumpulan RM99,999 semasa gameshow strim langsung.



Shopee dalam kenyataan berkata, dari 2 hingga 9 September, sertai rancangan permainan khas Kotak Duit Misteri untuk berpeluang menang sehingga RM99,999 dengan Shopee Live!

“Untuk menyertai, lengkapkan ‘milestone’ yang ditetapkan semasa sesi langsung, hantar “kata kunci hari ini” yang diumumkan semasa rancangan kepada pasukan Shopee Live, dan jika terpilih, jawab soalan mudah mengenai Shopee dengan betul.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah Had Umur Puteri Di Naikkan




“Selepas itu, pilih kotak bertuah dari enam pilihan di mana setiap satu akan mengandungi pelbagai jumlah hadiah, dengan salah satunya merupakan hadiah utama.

“Pemegang kad kredit Maybank Shopee, berpeluang memenangi hadiah bonus tambahan bernilai RM500,” katanya.

Menurutnya, sepanjang kempen ini, ia menawarkan penghantaran percuma dan tawaran diskaun sehingga 90 peratus.

“Pada jam 12 tengah malam setiap hari, Shopee akan mengeluarkan baucar eksklusif yang membolehkan pembeli menikmati penjimatan hebat.



“Ini adalah masa yang tepat untuk mendapatkan tawaran hebat dari jenama dan penjual kegemaran anda,” katanya.

Shopee berkata, sepanjang kempen ini, ia turut menawarkan 15 Hari Pemulangan Percuma, di mana pelanggan boleh mengembalikan item dengan mudah tanpa soal.

“Sama ada kerana perubahan pilihan atau sebab lain, kami sedia membantu. Kami juga tahu betapa pentingnya penghantaran tepat waktu, jadi jika pesanan lewat tiba, pelanggan akan diberi pampasan baucar RM5 melalui program Jaminan Tepat Waktu Shopee,” katanya.

Penghantaran percuma tanpa had minimum


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Tiada Pemimpin PAS Iringi Muhyiddin Di Mahkamah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button