OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku

OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku (1)

OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku

 

Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menggesa kerajaan memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Dalam tinjauan ekonomi Malaysia untuk 2024, OECD berkata hal ini perlu dilakukan.



Ianya kerana Malaysia harus meningkatkan hasil memandangkan penerimaan cukai hanya menyumbang 12 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Kebanyakan negara OECD telah menjadikan cukai nilai tambah sebagai tonggak utama sistem cukai mereka.”

“Kerana cukai ini mesra pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan sangat sedikit herotan dalam ekonomi secara keseluruhan.”

“Dan juga kerana ia agak mudah untuk dikuatkuasakan dan sukar untuk dielakkan.”



“Malaysia boleh mengikuti amalan terbaik OECD ini dengan memperkenalkan semula GST.”

“Sebarang kemungkinan regresi boleh diimbangi melalui bantuan yang disasarkan kepada isi rumah yang rentan,” kata Pengarah Cawangan Kajian Negara, Jabatan Ekonomi OECD, Luiz De Mello.

Rafizi Enggan Nyatakan Sebarang Pendirian

Namun begitu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, enggan menyatakan pendirian kerajaan mengenai gesaan OECD tersebut.

“Ada banyak cara untuk mengukuhkan fiskal.”



“Kumpulan yang berlainan mempunyai pandangan yang berlainan dan perkara akan dibincangkan secara berterusan di peringkat kerajaan,” jelas beliau.

Kita memahami mengapa Rafizi enggan menyatakan pendirian beliau secara jujur dan berterus terang.

Untuk rekod, kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan DS Najib telah menguatkuasakan GST pada 2015.

Selaras dengan itu, DS Najib telah memperkenalkan BR1M sebagai usaha untuk mengimbangi regresi bagi golongan B40.



Namun begitu GST telah dimansuhkan pada 2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya di bawah pimpinan Dr Mahathir.

Ia mengakibatkan kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM34.4 bilion dari 2018 hingga 2023.

Secara puratanya, dari 2018 hingga 2023, kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM11 bilion setahun.

Dengan keadaan ekonomi semasa, kerajaan tidak boleh teragak-agak untuk kembali ke regim cukai GST.



Kepentingan ekonomi negara mesti diutamakan berbanding keegoan politik.

MALU APA BOSSKU…

 

OECD Gesa Kerajaan Kembalikan GST, Malu Apa Bossku

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button