Geng samun, pecah kuil tumpas

Oleh – Syeikh Baran


Geng samun, pecah kuil tumpas

Polis Pulau Pinang menumpaskan sekumpulan penjenayah yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun dan pecah kuil di tiga daerah negeri ini selepas menahan enam suspek, baru-baru ini.



Penahanan suspek terdiri empat lelaki dan dua wanita berusia antara 18 hingga 42 tahun itu dijalankan Bahagian Siasatan Khas (D9) bermula 3 Julai lalu hingga 23 Ogos lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, suspek diberkas menerusi lima serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar negeri ini dan Selangor.

“Hasil serbuan turut merampas sebuah motosikal, wang tunai RM600 dan beberapa keping resit pajak gadai. Polis turut berjaya mendapatkan semula rantai emas yang disamun dari sebuah kedai pajak gadai di negeri ini,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan mendapati aktiviti kumpulan terbabit berlaku semenjak tahun 2022 di daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.



“Empat daripada suspek berkenaan turut memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah. Kesemua tangkapan ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button