Bekas AJK Maidam, isteri terima suapan, tipu agihan zakat didenda RM26,000
Oleh – Syeikh Baran
Gara-gara menerima suapan dan membuat tuntutan palsu berhubung agihan zakat, seorang bekas Ahli Jawatankuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan isterinya didenda RM26,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Mohd. Azhar Othman menjatuhkan hukuman demikian selepas kedua-dua tertuduh, Datuk Mohamad Zahari Harun, 64, dan Lydia Irmawati Mahmud, 41, membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan.
“Jika tidak dibendung, kesalahan ini boleh membawa kemusnahan lebih besar kepada masyarakat. Mahkamah berdoa hukuman ini menjadi pengajaran kepada semua,” katanya sewaktu membacakan penghakimannya di sini.
Bayaran yang dibuat di Pejabat Maidam di sini pada 15 Julai 2020 tersebut didakwa sebagai imbuhan pemilihan syarikat Lydia Irmawati sebagai ejen kutipan zakat.
Lydia Irmawati pula didakwa telah menipu Penolong Akauntan Bahagian Pengurusan Zakat Maidam dengan memperdayakan mangsa untuk membayar tuntutan palsu kononnya bayaran wang zakat asnaf fakir miskin.
Perbuatan itu didakwa mendorong pembayaran berjumlah RM6,231.02 yamg dikreditkan ke dalam akaun bank Amcare Agency milik Lydia Irmawati antara Disember 2020 sehingga Disember 2021.
Sumber – KOSMO! ONLINE